.Most Beautiful Experience I Ever Had.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Dear readers, 

Hi and hello hello. 

Ape kabar?

Lama juga tak update belog. Ape dah jadi dah. Keadaan kurang stabil. Hmm. Maaf.

Dan seperti yang sedia kawan-kawan yang dah tahu, Alhamdulillah.. kite dah selamat melahirkan seorang baby lelaki berat 2.78kg. Ringan je kan. Senang nak kuar. Hehe.

Kite nak share experience camne jalan cerita kite stat sakit sampai melahirkan. And buat cerita nie kenangan nanti bila nak baca balik nanti. =D

Moment Bersalin

Ditakdirkan kite bersalin masa 39 weeks and 5 days. Lain hospital lain due date die.. ade yang 31 Julai or 2 agos. Tapi kalau ikut hospital kerajaan 2 ogos. Alhamdulillah, lahir dengan selamat and normal pada 31 Julai 2013 pada jam 10.29 malam di Hospital Sg.Buloh. 

Nak ikutkan panjang ceritanya macam mana boleh bersalin kat sg.buloh, sebab asalnya dah booking kat salah sebuah hospital swasta. (hospital dirahsiakan). Memang pengalaman sangat moment on the way nak g hospital tu. 

Ok, mula-mula start sakit contraction tu dalam pukul 2 petang. Sakit sekejap-sekejap. Orang kata kalau sekejap-sekejap tu bratox hicks. (contraction tipu2). Kite pun buat cam biasa lah, buat keje rumah. pahtu, sakit menjadi-jadi dalam 3.30ptg, sakit datang setiap 10minit, makin lama makin kerap sampai ke 5minit setiap contraction. Sakit dia hanya Allah je yang tahu. Sorang-sorang plak tu kat rumah, husband keje. Pukul 4 dah tak tahan sangat terus call husband suh balik, sebaik ofis dalam kawasan. Ingat nak tunggu lagi pas maghrib takut nanti kalau g hospital awal  kena balik umah balik takut2 jalan tak bukak lagi. Then, memang sangat-sangat tak tertanggunglagi, kite redah je g hospital jugak, sampai-sampai je kat hospital swasta tu, CLOSE!!! sabar. dah call  tak jawab. time tu pukul 7mlm. orang buat prepare nak buka puasa.

Memang ditakdirkan kite bersalin kat hospital sg.buloh. Husband bawa terus g hospital, yang tak tahan tu, jem. tak tahula nak kate macam mana keadaan time dalam kereta tu, siap tendang-tendang, rasa macam nak tekan minyak kuat-kuat. Nasib husband nie die cool ckit, tapi dalam cool tu cuak muka dia. hehe. Sebab kite nangis kite tahan and memang nangis takde suara.huhu.so takla dia gelabah-gelabah sangat.

7.15 mlm: Sampai hospital ,nurse dah suruh masuk. Alhamdulillah, Allah bantu. cepat je kite dapat katil untuk cek bukaan and jantung baby.

7.30 mlm: Dah buka puasa. Kite tak dapat buke sebab husband kat luar, tak boleh masuk lagi, makanan pun takde. Tak sempat nak mintak suami. Tapi masa tu macam tak fikir nak makan, fikir sakit tu.

7.45 mlm: Sempat fikir lagi, suami kite dah buka ke? mkn kat mana? risau plak. Sempat msg suami, bagitahu dah 3cm. Lama juga dalam bilik tu lebih kurang 45 minit. lepastu, nurse suh bangun duduk kat kerusi dulu. Semua orang tgk kite time tu menahan. Dulu kite tgk org sakit, camni ghupenye rasanya...

9.00 mlm: Doktor panggil kat bilik lain untuk cek bukaan lagi, dah 8cm. aik, cepattnye. Msg husband, dia terkejut. Ikutkan orang nak bukak 1cm tu mmg lama dalam 1jam camtu. Alhamdulillah, Allah permudahkan. and doc pecahkan air ketuban.

10.00 mlm: Dah masuk labour room. Bila dah start pecah air ketuban tu, lagi-lagi lah bertambah sakit. Dah kuar suara kite meraung sakit. Husband masuk sekali beri semangat. Doc terus suruh teran. Kite susah nak push sebab tak cukup nafas and takde tenaga nak push sebab tak buka puasa. (nak nangess) . Sampai kena marah ngan nurse-nurse tu semua.. kite dah tak heran dorang nak marah, kite tahu dorg nak kite kuat push sbb takut baby lemas.

10.29 mlm : Alhamdulillah wa syukurlillah, kite selamat melahirkan baby boy anugerah dari Allah, Amanah Allah. Tapi masa dah kuar tu, baby tak nangis, doc dah risau, cuma dengar baby sedu je..pastu terus baby nangis. Alhamdulillah..Terus baby kuar-kuar je dah bukak mata.hehe. Lega! semua rasa sakit tu dah hilang serta merta. :) Hanya orang yang dah beranak je tahu macam mana rasa sakitnye. Lain orang lain lain. Ada yang senang ada yang susah. Hikmah tu hanya Allah je yang tahu buat masa ni.





AHLAN WASAHLAN

MUHAMMAD HARITH NAUFAL BIN MOHD HANIFF









BABY NAUFAL 1 HARI


 our most beloved n intelligent sword (of Allah).. Alhamdulillah.. Ibu jadi kuat sbb awk syg..ibu lawan sakit sbb awk.. Awk Amanah Allah. Baby Naufal.. Awk cinta hati kami dunia akhirat.. (:







AFTER A WEEK


"Sayang . andai ibu ayah sibuk tentang hal duniawi. ingatkan or ajak kitorang spend time dengan kitab Allah ye. satu muka pun jadi lah. ibu rasa berdosa kalau kata takde masa walhal masa ni Allah yg punya, inshaaaAllah jadi khalifah hebat k . i love you forever bebeh"

love, 
Ibu nailah 

(ewah ada dah Ibu sekaraaaaang kekekekekekk)



Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::