Posts

Showing posts from December, 2009

:: Bagus Punya Idea ::

Bagus punya idea? hmm.. idea kawan-kawan. Memang bagus pun. =) Realiti sekarang, banyak rancangan-rancangan televisyen yang mengadungi unsur-unsur nagatif. Hiburan terlalu sangat. Dek sakit telinga asyik pertandingan menyanyi...aje. Banyak sangat serangan pemikiran barat. Sampaikan pertandingan untuk kanak-kanakpun dah ada. Macam mana nak bentuk anak-anak kita, adek-adek kita ni ye.. Apa kata kita sugges kan buat program-program berunsur islamik.. rindu sangat suasana macamni.. (^_^) 1. Who will become an Ustaz Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan me…

:: Tetapkan Hatiku Tuhan ::

Maha Suci Ya Allah,


Maha Suci Engkau ya Allah yang kami tidak mempunyai ilmu kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Wahai Tuhan kami, muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman dan keluarkanlah kami daripada kegelapan dan keraguan.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami keikhlasan dalam kata-kata dan amalan serta kesudahan yang baik di saat berakhirnya ajal. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami termasuk golongan orang yang mendengar kata-kata lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya. Sesungguhnya Engkau berkuasa terhadap apa yang Engkau ingini dan Engkaulah yang layak mengabulinya.


“Ya Allah yang memiliki segalanya, andai diri ini bakal menyimpang dari landasan-Mu ya Allah..maka Kau ambillah diri ini ketika masih berada dalam nikmat Islam…andai diri ini suatu hari nanti ditakdirkan mungkin berpaling dari ajaran sebenar..maka hamba-Mu ini memohon agar Kau jemput hati ini ketika masih mentauhidkan-Mu ya Allah..dan kau kekalkanlah nik…