Posts

Showing posts from August, 2009

:: Madrasah Istiqamah ::

Assalamualaikum,salam ramadhan.. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

"JADIKAN IA MADRASAH DALAM MENTARBIYYAHKAN ROHANI, JADIKAN IA LADANG DALAM MENABUR BENIH ISTIQAMAH"

Tak disangka sudah seminggu kita berpuasa,dibulan ramadhan yang mulia ini,tak terlambat untuk saya memohon maaf seandainya salah kata,tersilap bicara dengan sahabat2 sekalian.. "DiBulan ramadhan tersimpan kunci penyucian jiwa" Allahualam..

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

”Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat be…

:: Mencintai Tidak Bererti Memiliki ::

Janganlah kau angkuh melaungkan... Si dia kepunyaan mu ... Atau kau kepunyaan si dia ... Kerana hakikatnya... Kita tidak pernah memiliki sesiapa... Walau sekeping hati seorang insan... Tidakkah kau sedar... Hukum alam menyatakan... Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ... Berlakon di pentas dunia... Dan bertopeng menutup rahsia.. Tetapi hati... Tidak pernah berdusta pada empunya... Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar... Mungkin si dia melafazkan...

:: Help Me Tensionnyer ::

Salam..

Sabtu ni dah puasa..pejam celik tetiba dah puasa..cepat betul masa berlalu..sebab terlalu bz, sampai xsedar masa berlalu dengan cepat,lg 2 mggu dah nak final exam..tension,tension.tension…..ada sesape nak bg tips supaya x stress?? =) study pon xhabis lg..dah nak exam..silibes pon byk yang sangkut2 lg..aduyai..assigment pon bersepah2 lg..nota2 pon xkemas kini lg..aduyaiii..leh jd migrain ni ni..1/9 ni dah final..berserabut nye ..quran x tasmi’ lg..syafawi lagi la aduyaiiiii…tolongla ila…selalunya..lg semggu nak exam kitorg dah sibuk wat study week..ni x,sibuk ngan menda lain lagi..x brapa nak study week la sem ni..ngan cuti H1N1 lg…ayoyo…
sahabat2..doakan ila dipermudahkan segala urusan ye.. =)
may god bless me..=(

:: Mencari Sebutir Mutiara "Hidayah" ::

Sukar untuk mengenggam segulung ijazah.. tapi pernahkah berfikir sukarnya untuk menggenggam sebutir mutiara.. yang tiada kelihatan oleh mata kasar tetapi amat berharga.. andai dirimu sudah meraih mutiara hidayah genggamlah ia seerat mungkin bimbanglah akan kehilangannya kerna mungkin satu hari kita diuji oleh pencipta kita di saat kita baru meraih segulung hidayah di saat itulah ujian datang untuk menguji keteguhan jiwamu dan andai disaat itu engkau longlai cubalah bangkit, bangkit dan mohonlah bantuan pemilik "mutiara" agar mutiara pinjamannya masih lagi bisa kau genggam kerna apa kau perlukan mutiara itu? kerna itulah mutiara yang mbuatkan jiwamu hidup dalam redha Rabbul I'zzati tanpa mutiara pinjaman darinya kita mungkin akan tersasar dari landasan Illahi hargailah sebuah pinjaman, jagalah ia seperti mana enkau menyayangi sesuatu yang engkau sayang dan kau takut akan kehilangannya..

~LINTASAN HIDAYAH~

Jika ada lintasan untuk berubah dari JIWA YANG LALAI kepada JIWA YANG…

:: Mayat Bangun Dari Kubur ::

Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya.

"Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.
Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya su…

:: Di mana cantiknya seorang muslimah? ::

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejutamalah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman d…