Posts

Showing posts from June, 2009

:: Orang Asing itu... ::

‘ Sabda Rasulullah saw : Daripada sahabat Abi Hurairah R.A berkata : Islam mula tersebar dalam keadaan aneh (asing) dan Ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. Hadith riwayat Imam Muslim.’

Menurut kajian dalam hadith ini, Islam itu mula tersebar di Makkah dalam keadaan yang sangat ganjil. Asing dan ganjil ini bermaksud, penganut Islam pada waktu itu amatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan orang yang menentang. Islam pada awalnya dianggap satu ancaman, bukan keamanan seperti yang sepatutnya…

Namun setelah Islam tersebar diseluruh pelosok dunia, Islam ternyata kembali asing dan dipandang ganjil oleh dunia, bahkan juga dari kaca mata umat Islam sendiri. Ini kerana, sebahagian orang Islam merasa ganjil dan pelik apabila melihat saudaranya mempunyai sikap iltizam atau komitmen yang sangat tinggi dan juga mengamalkan ajaran Islam sebenar. Seorang penganut Islam yang taat bagaikan dipandang aneh oleh masyarakat walaupun masyarakat Islam sendiri dan am…

:: Cerita Dari Hati ::

Dulu
Aku pernah mengecapi kebahagiaan duniawi yang semetara, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Masa remajaku yang sepatutnya aku isi dengan tarbiyah, aku sia-siakan. Aku tak sedar, aku tak kenal siapa diri aku sebenarnya. Sehingga di saat diriku ditegur olehMu melalui sahabatku, segala-galanya berubah. Aku mula muhasabah diri. Aku sangat kecewa, kecewa dengan diriku sendiri. Aku tahu, hidup ini perlukan perubahan. Jiwa pedih merintih, hati aku sakit.
.

Dan pada saat kekecewaan itu,

Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-h…

:: Celik Al-Quran Jadi Syarat Penting Tarbiah Anak::

AL-QURAN mempunyai pelbagai hikmah, pengajaran, sejarah, kisah perjuangan anbia dan perkhabaran ghaib yang pasti menjanjikan kesejahteraan, kebahagiaan, kesejahteraan hidup insan dunia dan akhirat.

Membaca al-Quran dengan penuh penghayatan berbeza membacanya tanpa matlamat. Menghayati kandungan al-Quran memberi kelebihan apatah lagi jika dapat difahami suruhan serta tegahan terkandung dalamnya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sudah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkannya. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang yang mengikuti keredaan-Nya.” (Surah al-Maidah, ayat 15-16)

Matlamat program j-QAF ialah melatih anak dan remaja membaca al-Quran dengan sempurna, menulis semula ayat yang sudah dibaca, memberi kefahaman mengenai isi kandungan al-Quran, melatih menghafaz ayat al-Quran serta mendalami al-Quran dalam kehidupan seharian. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang yang mahu mengambil pel…

:: Ku Merinduimu ::

Image
Ibu,ayah,ibu,ayah... mereka adalah manusia biasa,tapi sangat luar biasa,tanpa jasa mereka,dengan ada nya mereka kita boleh melihat dunia,dengan ada nya mereka kita selalu di jaga dari dukungan,merangkak,,menatih sampai berjalan,itu lah seorang ibu dan ayah pengorbanan nya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata,apa lagi di buat tanda jasa, itu semua tidak akan pernah cukup untuk melukis kemualian seorang ibu dan bapa.Kepada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa lah kita doa kan untuk ibubapa kita supaya ditulis kan tanda-tanda jasa mereka di syurga kelak amin,amin..sayangilah mereka selagi mereka ada disisi. Bahebbak ana akhtar ya ummi wa abah. Luv u so much.. =)
.

:: Ta'aruf week ::

Image
Salam sedamai firdausi buat sahabat seperjuangan. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.
Alhamdulillah,pada 14hb Jun yang lalu, hari terakhir student baru melalui hari-hari orientasi, tapi kat kuis kita panggil Minggu Ta'aruf. Dengan perasaan sabar saya menjalankan tugas sebagai akak fasi, dan saya rasa tanggungjawab saya pada adek-adek belum selesai lagi. Sabar dalam menhadapi kerenah adek-adek dari intake 1,2,3. Terima kasih, akak ucapkan kerna memberi kerjasama pada kami.



Nampaknya banat mengatasi banin..ramainya..MasyaAllah.


Buat adek-adek akak, akak harap sangat segala pengisian LDK yang akak sampaikan pada adek-adek ingat k. jangan lupa contact2 akak. Akak setia menunggu. =p
Jadilah seorang muslimah solehah, anak solehah dan pelajar cerdik yang solehah. InsyaAllah, amiin.

::Tawakal Si Anak Kecil ::

Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negera Mesir.

Diceritakan bahawa pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak perempuannya yang masih kecil.

Zunnun menebarkan jaringnya, tidak berapa lama kemudian jaring itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anak perempuanya yang ikut turun ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir. Apabila Zunnun menghulurkan tangannya untuk menngambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu. Tiba-tiba anaknya menghalangnya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan yang masih hidup itu dan mencampakkannya ke laut semula. Maka bebaslah ikan itu di alamnya.

Zunnun tidak dapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya melihat dengan penuh kehairanan.

"Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?" Tanya Zunnun kepada anaknya. A…

:: Award By Zila ::

Image
Salam kerinduan buat ukhti Azila. Moga sentiasa dalam jagaan Allah taala.

syukran awi ya sodiqati 4 this a award. Ila sangat hargai. Cantek pulak tu award ,menarik2.=)

Zila jaga diri, jaga iman, jaga hati. Moga kita dipelihara.amiin.

:: Award By Wafa ::

Image
Syukran ya sodiqati for this award. =)

1. Copy award di atas dan letakkan di blog anda

Tengok kat atas tu..sudah dipaparkan.. =)

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award neh.

$ Seorang yang berjiwa lembut
$ Tabah menghadapi segala ujian dariNYA
$ Tegas dalam menegakkan syiar islam
$ Seorang yang hepy go lucky
$ Friendly ~ukhuwah daiman fi qalbi ya.. =)


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi sendiri sebelum memilih untuk penerima award seterusnya

* Suka,sayang,cinta dengan islam
* Suka,sayang,cinta diriku,family.
* Suka,sayang,cinta membaca islamic novel dan ilmiah books
* Suka kucing yang matanya biru hehe
* Suka, sayang,cinta dengan halaqah cinta kuis saya
* Suka, sayang, cinta dengan sahabiah
* Suka buat macam-macam kat dapur( main masak-masak) =p
* Suka,sayang,cinta dengan tafsir quran pink saya
* Suka,sayang,cinta kanak-kanak riang diluar sana =P
* Tidak suka, tidak sayang, tidak cinta pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya (anything)

4. Anda perlu memilih 10 penerima awa…

:: Andai Kau Ingin Bersahabat ::

Image
Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...

Tapi bersahabatlah kerana Allah... Buat sahabat yang kucintai lillah.. ukhti Ju & ukhti Hawa Ku harapkan ukhuwah kita akan berkekalan mekar daiman fi qalbi wa syurga firdausi. Salam perjuangan, moga kita dapat sama-sama bermujahadah dalam mencari ilmu Allah,ikhlas kernaNYA. Biiznillah... =) Salam sayang.. …

:: Antara Logik Dan Benar ::

RENUNGAN UNTUK MANUSIA YANG MENGAGUNGKAN LOGIKA

Tidak semua perkara yang benar itu logik
Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:
OK: "Kenapa kamu wudhuk?
OM: "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK: " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM: "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK: " Apa buktinya?
OM: Yuk ikut aku
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, ta…