Posts

Showing posts from February, 2009

PeLajaR daN ciKgu...

Image
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang c…

Sahabat-sahabat bakal penghulu bidadari syurga

Image
salam alaik.
Apa yang saya ingin tekankan disini sebenarnya tentang isu ini, tentang bercerita musibah atau ujian yang menimpa kita, bercerita tentangnya, itu satu kebiasaan kan?..Dari Anas bin Malik r.a. , dia berkata”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:” Sesungguhnya Allah telah berfirman: jika hambaKU Aku uji dengannya pada kedua matanya, namun dia bersabar, maka Aku akan menggantikan dari keduanya itu dengan syurga”(Hadith ditakhrij Oleh Bukhari) Fudhail bin ’Iyadh Rahimahullah pernah menerima pengaduan orang yang sedang ditimpa ujian . Maka dia berkata kepadanya: ” Hai , kamu ini malah mengadukan zat yang mengasihimu kepada orang yang tidak mengasihimuSebahagian orang-orang soleh terdahulu mengatakan :Barangsiapa mengadukan musibah yang menimpanya , beerti seolah-olah dia telah mengadukan Rabbnya.yang dimaksudkan ini bukanlah pengaduan seseorang pada doktor tentang penyakit yang dideritainya. Namun yang dimaksudkan adalah umpatan atau keluhan atas cubaan dari Allah SWT kepada or…

Sabar yang sempurna

Renungan Nurani buat kta semua.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi “ Apabila telah kubebankan kemalangan ( yakni bencana ) keatas salah seorang hambaKu,pada tubuhnya,hartanya, atau anaknya,kemudian ia menerimanya dengan sabar yang sempurna,Aku berasa Enggan menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amalan baginya . ” ( Riwayat Termizi dari Anas r.a )-Menurut Hujattul – Islam Imam Al-Ghazali,sabar itu ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu-Menahan diri atau sabar dan melakukan apa-apa yang ditentang agama bermakna kita benar-benar mengenal Allah dan KekuasaanNya.-Bencana yang menimpa seseorang di dunia berkemungkinan merupakan penghapusan dosa-dosa secara spontan oleh Allah S.W.T .-Pelbagai kesusahan di dunia adalah takdir Allah S.W.T dan Dia akan menggantikannya di akhirat kelak dengan Rahmat dan keredhaanNya yang tidak terhingga .-Sabar merupakan kekuatan untuk berbuat baik dan merupakan benteng untuk berbu…

~Dari hatiku untukmu~

Image
Assalamualaikum..

Wahai sahabiah-sahabiah sekalian..Ana harap antuna sentiasa sihat selalu dan yang pasti sentiasa menjaga diri dari fitnah dunia. Moga Allah sentiasa mengawasi antuna dari kelalaian itu.Aameeen. Sesungguhnya Rasulullah sebelum baginda wafat,ada mengatakan bahwa kita kaum wanita adalah sebesar-besar fitnah bagi lelaki.

Sahabatku sekalian,
Maaf andainya apa yang ana katakan ini mungkin mengusik hatimu atau mungkin membuatmu tercabar. Maaf sekali lagi...
Moga Allah sahaja dapat membuat penilaian ke atas diri ana yang hina ini.

Tapi sahabatku ,
Beri ruang pada dirimu untuk menghayati kata-kataku ini.Sesungguhnya Allah ada berfirman

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" (Adz Dzaariyaat : 51)

Demi kasih ana pada antuna semua, di sini ingin ana membuat sedikit teguran..

mungkin antuna tak perasan dan mungkin antuna perasan.Betulkan niat antuna jika sekiranya ada meletakan gambar-gambar di dalam photo ga…

Dua nikmat yang tidak terasa

Assalamualaikum..
Seperti yag kita tahu ,,Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari."Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untu…

wanita dan air mata

Image
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala ba…

Al quran beri inspirasi berfikir

Image
Asallamualaikum wbt,
sy nak share kan sedikit dari pembacaan sy ttg Al quran.mg dapat dihayati hingga sampai ke hati.Marilah kita renungi kata2 penulis dibawah ~



oleh: Mohd Zawawi Yusoh

AL-QURAN sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada umat Islam. Layanan itu bukan hanya membabitkan cara mengambil, meletak dan membacanya, malah yang lebih ialah kandungannya dan menghayati suruhan dan menjauhi larangannya.menurut Ibnu Qayyim, suasana inilah yang melonjakkan generasi terdahulu ke paras tertinggi dalam indeks kecemerlangan. Kecemerlangan yang digapai bukan dalam satu bidang tertentu, malah pelbagai bidang. Dukacita generasi ini sudah lama meninggalkan kita. Walaupun mereka tiada lagi, sejarah mereka tetap utuh, bahkan masih segar jika dipelajari. Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama, malah menjadikan sebagai panduan cara kehidupan, membabitkan kesempurnaan fardu ain dan fardu kifayah.

Cuba lihat apabila mereka baca ayat al-Quran mengenai aurat, mereka bukan berlumb…

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta

Image
Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?…Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupa…

sibuk sgt ke?

Image
assalamualaikum..

Kepada sahabat2 sy..sy br ja tukar blog br. hmm. blog lame ade mslh skit. br skang berkesempatan nak post dan nak infom..

bln ni bln sibuk..sbbnye sibuk bertungkus lumus utk final xm. smlm br lepas 1 paper.Alhamdulillah... pasni ade 5 paper lg nak kne tempuhi..doakan sy dipermudahkan.

dan bulan ni jgk..jgk sibuk nak tgk carrymark..even hati ini tertunggu2 jgk kemana carrymark yg x tampal2 lg kat bilik lec.huhu. risau.risau.risau.

doa dr sahabat2 amat la dihargai..ya Allah..ikhlaskan hatiku menghadapi segala ujian daripadaMu sepanjang imtihan ni. amiin.


" Aku ingin, aku ingin SEGALA yang aku lakukan kerana Allah s.w.t "


Mujahadah bidadari syurga

Image
:Mujahidah Bidadari Syurga:.~


Bicara Hati Mujahidah Itu..
Rahsia cintanya
Hanya Tuhan yang tahu
Kepada-Nya berdoa selalu
Hingga dikatakan jual mahal
Melukainya meresahkan kesal
Sedangkan api cinta marak bahangnya
Pada Allah tersimpan rahsianya
Di luaran dia tenang
Di hati iman ditentang
Antara dua cinta yang saling berebut
Cinta Allah selalu mengunggul
Hari demi hari masa berlalu
Kepada nafsu dipesan selalu.


Dikatakan orang diam saja
Sedangkan dia masih remaja
Kata orang mengapa tak punya rasa
Sedangkan dia tetap ceria
Kata orang mengapa dia bahagia
Sedangkan dia tak punya cinta
Kata orang mengapa mantap hatinya
Tapi tiada rijal penguatnya


Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
‘Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya


Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hariItu bicaranya sehari-hari
Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal b…

The story is...

Image
salam alaik.. Pada 23hb jan 09 time mlm.terlerailah sudah ak dlm t/jwb lajnah.tp x bermaksud ak lepas tgn camtu sje. ak rse berat hati nak lepaskan..sbb ak rse mcm tjwb ak blm selesai lg.krn tjwbku sbg seorg muslim blm selesai lg dlm menegakkan agme Allah.hmm..harap2 barisan kepimpinan yg seterusnye yg akn mewarisi kami ni..akn lebih baik lg..insyaAllah.mg perjuanganku x berhenti setakat ni. Pengalaman byk mengajar ak erti ketabahan dan kesabaran..


terima kaseh byk2 buat sahabat seperjuangan..kak wani,kak noor, liza..dan semuanya..krn sabar melayan keranah ak sepanjang ak menjalnkan tugas.thanx again.ku ucapkan setinggi2 tahniah buat sahabat seperjuanganku..Abdul Akmal fitri selaku pengerusi br kami krn dia akan meneruskan kepimpinannya bersama2 ajk2 yg len utk meneruskan ape yg belum selesai..huhu..x thu la nk ckp pe..smg barisan kepimpinan br ni sentiasa menghadapi sgala ujian Allah dgn tabah lg sabar.insyaAllah.

Sesungguhnya Allah memang sengaja

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang Hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan… Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang mengalaminya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham. Bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang Allah sengaja menemuka…

Duhai bidadariku

Duhai Ukhtiku,

Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti, saudariku muslimah untuk menjadi bidadari di dunia dan di akhirat nanti? Pernahkah kau membayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi simpanan hamba-hamba Allah yang shalih dan bertakwa? Pernahkah engkau mengangankannya? Pernahkah engkau mengimpikannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya? Sesungguhnya bidadari dunia adalah ia para wanita yang shalihah, memurnikan ibadah hanya untuk-Nya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan rabb-Nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia. Sosok yang merindukan keredhaan Allah dan rasul-Nya.


Selalu terbayang dalam pelupuk matanya syurga yang dijanjikan Allah menantinya dari pintu manapun ia suka, ia bisa memasukinya. Wanita solehah itu, auratnya sentiasa dijaga, pergaulannya dipagari ibarat mawar berduri. Ia punya malu sebagai pengikat diri, malunya bertempat tidak pada menyatakan yang hak. Indahnya seindah hiasan duniawi. Hatinya selalu…