Posts

Showing posts from March, 2011

ALLAH SWT MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkena…

✿ Inside Ur Heart

Image
Cantik wanita kat mana?
Hensem lelaki kat mana?
Semuanya kat hati. Tapi hati tak dapat dipandang dengan mata. Dengan itu tengoklah akhlaqnya. Kerana apa yang ada pada hati, kebiasaannya terpancar pada kelakuannya. Kita ada mata, gunalah dalam menilai. Kita juga ada hati, dalamilah dengan hati. Jangan guna mata sahaja, gunlah semua yang ada terutamanya hati.Allahualam


^______^

✿ I'm Back

Image
Salam alaik.

Terasa dah lama sangat tak post kat blog sesawang saya nie, hampir 2 bulan dah kot. Maaf, tiada pengisian apa-apa sebelum nie. Rindu blog, rindu merah, rindu rose! :D Sekarang ni, saya tengah bercuti 1st semester untuk kali ini. Alhamdulillah, final exam pun dah selesai, hanya sedang menunggu natijahnya saje. Mudah-mudahan segalanya baik-baik, hanya doa dan tawakal dipanjatkan pada-Nya.

Cuti-cuti sekarang mungkin saya akan mengajar balik kat tadika, bantu-bantu ummie. Dan sekarang, keluarga saya ditimpa ujian yang sangat besar. Abah sedang dalam pemerhatian doktor. Dan sekarang sedang buat operation untuk ketumbuhan hempedu. Moga abah diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Dan mudah-mudahan abah cepat sembuh dan kembali sihat.

Moga sahabat-sahabat sekalian sihat dan di beri kesihatan yang baik. InsyaAllah. Kita jumpe lagi post akan datang. Akan cuba share-share ilmu lagi.. take care! ^_____^