Pentingnya FOLIC ACID Sebelum Dan Semasa Hamil




Assalamualaikum..


Dear readers, 

Entry kali nie saya nak share kan tentang pentingnya "FOLIC ACID" SEBELUM dan SEMASA mengandung. Harus di ingat ya folik asid bukan ubat ajaib untuk kesuburan tetapi membantu untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim. Sebenarnya saya pun baru tau tentang pentingnya Folic Acid nie.. tu pun doktor yang suggest kan.. Bagi kawan-kawan yang bakal berumahtangga pun mesti kena tahu dan ambil anisiatif. Emm okay,, Takpe, kita lihat info dibawah..




Apa itu ASID FOLIK? 
-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 



Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)



Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).





gOogle macam nie la rupanya.

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 




Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing. Kat atas nie..folic acid yang doktor bagi kat saya. Sebelum tu doktor tanya dulu.. nak mengandung ke tak.. uhuhu.. 1 pek 30 biji.

Wanita yang hamil atau yang merancang untuk hamil perlu mengambil multivitamin dengan asid folik setiap hari.

Memang asid folic ni bagus diamalkan sebelum mengandung lagi okey :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
InsyaAllah, rejeki anak mesti ada. :) doakan ye:)








Comments

  1. dah pregnant kew?

    ReplyDelete
  2. hamba Allah yg sering mengikuti perkembangan blog ini... ngeh3...

    ReplyDelete
  3. Saye pn bru tau pasal asid folic ni.. Stil tgu utk hamil tp belum ade rezeki. Baru 3 bln kami bekahwin..
    Nailah dah hamil ye?

    ReplyDelete
  4. Mmg elok ye asid folic?
    Kite pun stil mengharap utk hamil tp xde amik rezeki lg. Baru 3 bln kami kawin..
    Nak try mkn asid folic. Mane nk beli ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak hamil lagi... belum ada rezeki.. saya tahu nie pun dari doc.. doc advise suh amek asid folik.. ramai org kata macam ubat ajaib...tp ikut rezeki kalau Allah nak beri... tp kite berusaha dan ikhtiar..kan. asid folik stakat nie saya makan yg doc beri. kalau nak boleh cari kat farmasi.. yg brand Appeton folic acid.. try cik delima biru search kat tenet mana yang bgs.. saya pun baru lagi nak risik2 pasal nie..

      Delete
  5. akk mmg tau kebaekan asid folic ni dik.... :) nailah pn elok la amalkan...tapii akak ganti dengan obimin....sbb bdn akak reject asid folic...ape akak mkn sume kuar blk...function sma je...utk bb kena la jugak hadap obimin yang gedabak besa darii asid folic bese....

    ReplyDelete
    Replies
    1. obimin tu camner plak tu kak??? owh....muntah balik ye ka mkn acid folic?? kite mkn...tp x istiqomah la kak...hahaha....

      Delete
    2. obimin tu kaler pink...besr gle...mmg akak tabik kalau ade yg istiqomah mkn folic acid yng x sdp tuuu....busuk..:P

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::