Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Assalamualaikum.


Dear readers, Syawal kian berakhir. Dan harap-harap amalan kebaikan yang selalu kita lakukan masa bulan  Ramadhan akan berterusan sampai bila-bila.InsyaAllah. Entry kali ini saya nak sentuh bab salam menyalam. Maksudnya, berjabat tangan.Cerita pasal salam ni pun sensitif juga.  Tapi saya rasa kalau dah sentuh hal agama, rasa sensitif tu kena tolak tepi. Tolak jauh-jauh. Kita ni orang melayu memang cepat sangat terasa.

Misalnya orang hulur tangan kita tak nak salam, terasa.  Orang hulur tangan ajak salam tapi kita teragak-agak nak salam ke tidak takut terasa kita ni kurang adab, perkara biasa. Kalau kita berbalik pada hukum bersentuhan kulit dengan yang bukan muhrim itu haram, maka takkan adalah perasaan terasa atau kurang adab ini.

Yang kita kena salam cium tangan adalah dengan ibu bapa kita, datuk nenek kita. Yang lain-lain tu kalau saudara mara yang memang kalau kita bersalaman tidak menyebabkan batal air sembahyang,bersalamlah. Selain daripada itu, pikir-pikirlah.  Sekiranya bersamaan jantina, tak jadi masalah.  Yang jadi, masalahnya, asal jumpa orang je hulur tangan ajak salam. Yang kita ni, serba salah. 


Masalah pada saya sendiri yang dah bekeluarga, mudah rasa serba salah.. yelah kan.. saya punya suami, ahli keluarga sebelah suami, nak ikutkan tak semuanya boleh kita salam kan.. bila dah jadi camni kan..mula lah saya search kat tenet, tanya orang yang lebih a'rif tentang hukum hakam. Nak ikutkan, banyak yang saya tak tahu lagi tentang hukum salam menyalam nie. Yang saya tahu ipar duai je tak boleh salam. Tapi sekarang dah tahu.. Tapi juga,  kadang-kadang orang tak faham antara agama dan adat. Bila tak salam di anggap sombong.. Tapi tak tahu lah sebenar-benarnya macam mana.. ikut apa yang dipelajari yang haram salam dan batal wudhu' tetap tak boleh salam walaupun pakcik sedara suami kita.  Apa pendapat anda ye??  kalau salam tanda hormat orang tua, tapi kita still batal air wudhu' ngan dia?? ada ke asbab-asbab yang membolehkan?  Ya Allah...  sampai macam nie sekali saya fikir..walaupun saya tahu memang tak boleh..


Ustazah pernah cakap.."sebaik-baiknya, orang hulur tangan kita tarik tangan letak di dada. Kalau tak pun, letak ke belakang. Kalau tak pun, cakap je terus terang tak payah salam. Kalau tak pun, lapik tangan dengan tudung. Jangan takut kalau kita dilabel sebagai kurang ajar."



Baru cari kat uncle google


Gambar kat atas menunjukkan carta-carta yang mana boleh salam dan bercampur atau tidak boleh salam dan bercampur. Bagi sesiapa yang sudah berumahtangga, sebaik-baiknya kita rujuk balik. Kadang-kadang kita tak sedar, kita rasa bila dah bekeluarga.. kita boleh salam semua ahli keluarga suami kita kan.. sebenarnya.. ada yang kita kurang tahu..  harap dapat membantu..

Saya ada jugak dengar-dengar berita  di jakarta kalau berjumpa yang belainan jantina, mereka akan lekapkan kedua tapak tangan (macam minta ampun) dan meletakkannya di dada sambil angguk-angguk seperti memberi hormat. Mungkin kita juga boleh buat seperti ini . Sekarang apa yang saya pegang dan yang saya tahu. .Mahram, adalah seseorang yang halal untuk kita menyentuh, bersalaman dengannya. Walaupun dia pakcik ipar/pakcik belah suami kita tapi andai tidak kena statusnya masih haram untuk kita bersalaman.


Sedikit penjelasan.
.Asal salam je hari raya, asal hari raya je bersalam…
1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM..mengikut Mazhab Shafie..( semua org tahu kan )
Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak..tp kita Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie..
2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya..
bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..
Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?
Jawapannya:
A-Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.
B- Anak saudara perempuan  sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya,kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh la..
C- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.
D- ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.
E- Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. tetapi ketika mereka masih kecil tk mengapalah..
F- Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.
Dengan SEPUPU pun sama sepupu lelaki dan perempuan tk boleh bersalaman HARAM hukumnya. 

sila rujuk: http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2011/11/01/bersalaman-dan-hukumnya/


Tabarakallah moga panduan di atas dapat ktia praktikkan insyaAllah :)

Comments

  1. ^_^ ni mesti kes masa balik kluang hari tu kan... when have family member on your husband that MAHRAM to you, want to salam with u... i agree with all state above... al-maklum, org baru, nk berkenalan ngan sdara baru tp agak tidak kena pada tempat... same situation with me & husband

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda siapa ya? al maklumla tak da nama ...x dapat nak detect...hehe..
      macam serba serbi tahu pasal saya...hihihi..

      bukan masa belah suami je... belah saya pun sama antara suami dan keluarga saya... senang cite.. benda nie umum... memang semua kena tahu.. dalam keluarga sendiri pun kadang2 ada yg kita terlepas pandang.... sedara2 yang jauh2 tu.... boleh ke tak salam n so on.. bila dah jadi keluarga besar nie.... rasa kena amek tahu lagi kan... huhu...

      Delete
  2. Assalamuslaikum...btl tu.sy pun sama.susah nk ubah mentaliti mrk yg terbiasa dgn adat ni.bila kita ckp,seolah x terima.kita dh dewasa.ada anak yg mkin membesar.ilmu pengetahuan perlu diluaskn.bila kita dh tahu,wajib praktik.

    ReplyDelete
  3. Assalamuslaikum...btl tu.sy pun sama.susah nk ubah mentaliti mrk yg terbiasa dgn adat ni.bila kita ckp,seolah x terima.kita dh dewasa.ada anak yg mkin membesar.ilmu pengetahuan perlu diluaskn.bila kita dh tahu,wajib praktik.

    ReplyDelete
  4. thanks !
    nk copy gambar tu :)
    boleh kan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::