Anemia In Pregnancy* Risauuunyeee



Salam.

Masa awal-awal preggy, first checkup doc dah bgthu yang keputusan blood test menunjukkan yang HB saya rendah. Patutla selalu rasa macam susah nak nafas, jantung berdebar laju pastu letih sangat-sangat, n pening toksah nak cakap. Risau gak nie.. risau kalau time study pitam, jalan banyak sebab kat kolej kan. Alhamdulillah setakat nie taklah pitam dan mata kabur-kabur.  Dah dua kali checkup, darah still rendah...cuma naik skit je.. sampai doc suh emergency ke Hospital Kajang. Nasib baik tak kena tahan wad. Mungkin doc tengok saya ok dan tak lemah sangat.  

Baru-baru nie, ada 2 appoinment doc dan saya dah buat keputusan taknak buat checkup weekly kat hospital kerajaan, nak tukar wat kat klinik biasa.. dan checkup kesihatan mama dan baby nie, janji baby sihat.  Tak sanggup nak g tiap2 minggu.. sbb saya anemia. Lagi-lagi checkup bukan buat hujung minggu, tapi wat time hari biasa. Agak susah sebab saya masih belajar dan perlu fokus study. Kebelakangan nie saya jarang datang kelas sbb appoinment doc.. memang la boleh MC tp risau gak pelajaran kite kan.. lagi2 dah nak last sem nie. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. 




Sedikit info mengenai ANEMIA.

Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi

- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup
- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan


Note: Nak makan pun susah sekarang, mesti muntah balik. Tunggu dah ok mabuk baru nak makan puas-puas. huhu.




Comments

  1. Hah tahu pon.. kena jaga taw.. huhu.. jg ksihatan yee.. hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , mranip ke wife dia ni saya pun taktahu lah kan . lama ya tak update blog mr anip . Ingat tak saya tak tahulah kan . err jagan salah faham , saya ni hanya blogger biasa yg dulu2 sesama cuba folow blog masing2 . Sekarang dah kahwin , nak dapat anak lagi . Wahhh , lama jukga saya tinggal blog awk ye mr anip . Anyway tahniah atas perkahwinan awak and moga family awk menjadi family yg sentiasa di berkati Allah swt. Again , saya balqis :D kalau ingt Alhamdulilah . Kalau tak , anggap la kwn lamaaaaaa dulu2 , yg kejap ada kejap tak ada . :)
    P/s : kalau rajin . kunjung la blog saya :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum , mr anip memang tak update blog dah ke ? :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::