Nota Hati


Assalamualaikum...

Dear readers, hopefully sihat walfiat sepanjang Ramadhan ini. Mudahan-mudahan kita akan terus beribadah sehingga hari terakhir ramadhan dan bulan-bulan seterusnya.  InsyaAllah. Alhamdulillah, ramadhan kali nie saya berpuasa sebagai seorang isteri, syukur Alhamdulillah.. hampir empat bulan usia perkahwinan kami. Satu tanggungjawab yang amat besar untuk sepasang suami isteri melaluinya. 





Btw, segala entry yang saya selitkan tentang wedding saya, tiada niat atau pon lain-lain maksud. Just untuk berkongsi pengalaman dan untuk bakal-bakal pengantin di luar sana mana tau boleh mendapatkan sedikit input2 berguna dalam entry saya :) Itu jeee, takde kena mengena untuk menyinggung mana2 pihak samada yang hidup atau yang dan meninggal dunia. Kadang-kadang benda baik pun ada je tak kena di mata orang. apa tah lagi benda yang tak baik kan. 


Tidak kira siapa latar belakang kita, apa taraf kita, di mana kita berada, berapa usia kita dan apa tujuan kita, sebaik2nya yang penting adalah keyakinan atas niat baik kita dalam melakukan sesuatu. Tidak kira muda atau tua, soal ajal, maut dan jodoh adalah ketentuan dari Allah swt sejak azali lagi. Sebaiknya kita berdoa untuk kebaikan dari mempertikaikan ketetapan yang telah tertulis. Lebih baik kita cuba memberi contoh teladan yang baik untuk sahabat dan rakan2, dan jika kita terlalu asyik mempersoalkan kebaikan bila pula kita nak membetulkan kemungkaran.. Perkara yang baik tetap perkara baik cuma mereka yang melihat dan menilainya perlu lebih bijak dalam memahami perkara tersebut supaya dapat memberi kebaikan pada dirinya, bukan kejahilan. Lengkapkan iman kita kerana Allah swt, bukan kerana nafsu semata-mata. Perkahwinan itu indah, jangan jadikan ia sebaliknya.. Memang tugas menjadi isteri sangat berat tapi ingatlah berat lagi pahala yang akan dikurniakan oleh Allah nanti..  insyaAllah ujian yang datang dapat dihadapi dengan sabar, tenang dan penuh keinsafan.

Doakan kebahagiaan kami.




Rasulullah s.a.w bersabda. " Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi).

Comments

  1. Bestnye bergelar isteri sbb sgale ape yg dibuat utk suaminya semuanya dpt pahala.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcmtula zaty... mmg best.. dalam masa yang sama kita kena tahu dan faham tanggungjawab kita sebagai seorang isteri.. hati kalau ikhlas dan redha dengan ketentuan pasti tanggungjawab itu tak di jadikan sebagai beban malah kita akan rasa kan tanggungjawab tu sebagai ibadah. :)

      zaty doa selalu k.. ketetapan jodoh dah di tentukan siapa sejak lahir lagi.. tabah k.. aku faham situasi yg menimpa ko skrg.. kuatkan smgt k.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::