Saat Lafaz Sakinah...
Assalamualaikum!
Apa khabar semua? Lama dah tak update belog. Dah 3 minggu berlalu majlis perkahwinan saya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar di kedua dua belah pihak. :) Kali nie saya boleh upload gambar nikah. . . pada kawan-kawan yang tak sempat nak tengok majlis pernikahan saya yang berlangsung pada sebelah pagi 14 April 2012 boleh la lihat buat tatapan bersama. :)
Alhamdulillah, 14 April 2012 adalah hari bahagia kami . . . hari yang tak kan saya lupa kan sampai akhir hayat saya. Syukur, tepat jam 11.15 pagi saya sah menjadi isteri kepada jejaka bernama MOHD HANIFF BIN ISMAIL. Dia adalah suami dan ayah pada anak- anak saya nanti. Dialah teman sedih dan gembira saya. Dia lah yang dapat membimbing saya, membetulkan yang salah dan saling ingat mengingati . Dia lah teman saya hingga hujung nyawa. Saya sayangkan dia. Terima kasih suamiku.. :)
Perasaan saya time nie, bedebooo sangat... tak dapat nak digambarkan. Rasa sedih, rasa gembira, rasa terharu. Semuanya bercampur baur. Gembira sebab menjadi seorang isteri kepada lelaki yang baik, sedih mungkin sedih gembira, rasaa rindu dengan keluarga. Rindu ummi, abah, angah, alang , ude, aiman. Tak tahu nak cakap camner. Sampai harini pun, teringat-ingat. Yelah, sebab saya rapat ngan keluarga. Moga segalanya baik-baik je. Terima kasih sangat-sangat sebab tanpa mereka saya tak kuat harungi kehidupan nie. (kesat air mata jap) :'(
Camner? ok tak gambar? nie semua SDN BHD kamera . Abang photographernye kita simpan Ada cikit-cikit ley tengok nanti. :) Terima kasih pada sanak saudara, sahabat-sahabat saya yang banyak beri support dalam menjalankan majlis bahagia saya. terharu sangat. Moga Allah sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih pada suami, dan keluarga suami, ipar duai.. sayang semua. Doakan kami menjadi sepasang suami isteri yang baik dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Ameen Ya Rabb :)
.Sekian .
Note : Dah 2 minggu tinggal ngan mertua.. best sangat.. dapat belajar masakan yang baru :)
Comments
Post a Comment