Kafarah Dari Allah
Assalamualaikum.
Cuaca sekarang nie tak menentukan. Siang panas teramat sangat, petang malam dah mula hujan lebat. Moga kita semua berada dalam keadaan sihat. Now, dah nak masuk bulan November. Alhamdulillah, syukur diberi nafas yang sempurna dari Allah. Akan tetapi sekrang nie saya sedang sakit, demam + selesema + batuk. Nak makan ubat pun ambil masa setengah jam. Dok pegang je ubat tak telan-telan. ( Telan ubat pun takut..bukan mati pun) :D
Sebab apa sakit??
Ditimpa penyakit antara bentuk ujian daripada ALLAH SWT kepada hamba-Nya agar dapat dikenal pasti siapakah di kalangan hambaNya yang sabar ketika ditimpa musibah. Sebagai mukmin yang sejati, seseorang itu tidak hanya merasa gembira dan bersyukur kepada ALLAH ketika dikurniakan kesenangan dalam kehidupannya tetapi dia juga perlu reda dan bersabar saat ditimpa apa jua musibah, termasuk ketika ditimpa penyakit.
Maka, Bersabarlah ketika ditimpa penyakit.. kerana itu sebahagian penghapus dari dosa.
Rasulullah pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan ALLAH akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
P/S : Maafkan saya kawan-kawan kalau saya ada buat salah tau. :)
Comments
Post a Comment