Kau Pilihanku
Bila sang kumbang mula menghidu haruman mawar, aku pasrah setiap gadis berhak disunting. Masa yang berlalu dan umur yang begitu muda membuatkan aku mengambil masa yang agak lama untuk memberi jawapan "YA".
Sepanjang bergelar muslimah, aku perlu banyak memperbaiki diri, menjadi solehah, anak solehah dan segala2nya.
Kuyakini janji Allah S.W.T yang terakam dalam surah al-Nur, maksudnya:-
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur 24:26)
Ummi selalu menceritakan tentang kebaikannya padaku. Aku kagum dengan dia kerana dia bukannya mengambil hati aku dahulu tapi sebaliknya. Dia terus berhubung dengan Ummie dan memenangi hati Ummie Abahku.
Caranya yang bijak ini membuatkan aku tidak mempunyai alasan langsung untuk meragui agamanya dan kebaikannya. Ianya sangat terbukti sudah bahawa dia seorang yang matang dan serius pada setiap langkahnya. Aku bukan seorang yang mudah untuk berkasih, lagi-lagi dalam usia yang muda ini. Mungkin belum masa yang sesuai. Aku juga yakin, dia seorang yang bertanggungjawab dan mampu mendidik aku menjadi hamba yang taat pada-Nya =)
Aku telah memberi dia tempoh masa yang agak lama untuk memberi jawapan. Alhamdulillah, dia seorang yang sabar. Dia bersungguh-sungguh. Tiba waktu yang sesuai, kini hatiku tenang dan mula memberi jawapan. Pilihanku muktamad. Agama dan kebaikannya menjadi faktor utama tarikan. Ummie Abah sangat gembira apabila untuk pertama kalinya anak mereka menyatakan kesediaan dipinang. Pantas saja mereka mengatur pertemuan pertama antara dua buah keluarga merangkap hari pertunangan pada 2 Julai 2011.
Masya-Allah, pantasnya ia berlaku. Tak terfikir perjalanan hidup matiku se awal ini. Sesungguhnya, setiap yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu. Maha suci Allah. Moga jodoh ini kekal hingga ke SyurgaMu. Ameen.
Aku tak pernah meragukan dia. Terima kasih MOHD HANIFF BIN ISMAIL. kerana sudi memilih diri ini. Moga kita sentiasa terpelihara. ^____^
wah.tahniah kak!barakahallahulakuma wa barokah alikuma fi khair.happy fa baca post akak ni.hehe.
ReplyDeleteterima kasih fa =D
ReplyDeletedoakan akk ea. . .
moga akk dipermudahkan segala urusan.. doakan akk bahagia dunia akhirat...
x lama lagi wafa la kan.hehe... akk nikah nnti. mesti dtg k =)