Manfaatkan Ramadhan yang akan berakhir



Bismillah. 
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi. . . Tuhan telah memberikan kita semua peluang dan ruang untuk melalui hari-hari di bulan Ramadhan karim ini. Maaf, tak berkesempatan jari-jari ini berbicara dalam sesawang blog nie. Ape jadi pun tak tahu la. :D Mungkin banyak sangat assignment dan kerja-kerja yang perlu dibereskan dulu untuk kuliah. Now baru dapat rest, dan cuti raya dan study week. Sempat la bershopping-shopping dengan family dan yang dikasihi.. :D

Alhamdulillah, puasa kali dilalui dengan rasa syukur dan tenang-tenang je. . . rasa macam tak puas nak puasa ramadhan kan. Puasa kali nie, rasa macam kejap sangat. Apa pun, tak kira lah, kejap ke lama, moga di bulan ramadhan ini, kita isikan masa kita nie dengan perkara-perkara yang bermanfaat memperbanyakan zikir dan beribadah. Tak berkesempatan pula nak cakap awal-awal, cik Ila nak mohon berjuta kemaafan kepada saudara-saudara semua, andai ada tersalah bicara. Mungkin tak terlambat lagi kan. Hee.


Tak lama lagi dah nak Raya. . . feel raya pun tak rasa lagi. Mungkin sebab terkurung je kat asrama kuis nie sebelum-sebelum nie. Hee. Sekarang tengah cuti pun tak rasa2 nak raya lagi, dah try pasang lagu raya kuat2 pun tak da feel raya. Macam mana? Huhu.. Dapat cuti raya 2 minggu je. After raya, dah nak final exam. . . sabo kan aje. :D Doakan segalanya dipermudahkan buat cik Ila. Raya VS Final exam.:D yang mana lebih utama? Ke dua2 sekali? Hehe.

Anyway, jaga diri baik-baik. Moga kalian sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah S.W.T. Masa puasa nie banyakkan berdoa. Sebab ape tau, sebab. . . doa orang berpuasa nie, InsyaAllah Allah tak tolak. Lagi-lagi bila berdoa sebelum nak buka puasa tu tau. Baca dalam hati.

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak." [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]
Dan kita cuba focus untuk 10 malam terakhir. . . line raya belum dapat lagi. . . ;)
and also the potential for Laylatul-Qadr. Laylatul-Qadr is better then a 1000 months and it may be potentially on the night of the 29th! Let us go hard for these last couple of beautiful nights. Also remember that the devils will be freed once Ramadan is over. Don't get caught up with them. Don't be like those who 'celebrate' Eid by enjoining the haraam either! [A reminder to myself first and foremost]

Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Pentingnya FOLIC ACID Sebelum Dan Semasa Hamil

Tidur Sunnah Rasulullah