✿ Hidupku Kuserahkan PadaMu
Ada banyak cita-cita dan perkara yang saya inginkan tetapi seringkali tidak tertunai. Ya, sepanjang hidup saya tidak banyak yang saya inginkan itu menjadi kenyataan.
Oh, rupanya ALLAH itu memandang jauh lebih hadapan. DIA memberikan sesuatu kerana keperluan manusia bukan menurut kehendak manusia. Adakalanya saya menghendakkan yang ini tetapi sebenarnya saya lebih memerlukan yang itu, lalu DIA berikan yang itu walaupun hamba-Nya seringkali merungut.
Kini, barulah saya menyedari, apa yang baik itu bukanlah kerana kehendak dan aturan saya tetapi datangnya daripada ALLAH yang lebih memahami keperluan saya. Hari ini saya mampu tersenyum dengan semua kurniaan ini, kalaulah dahulu saya tidak bisa menahan satu peratus daripada kesabaran saya kerana menurut kehendak hati, mungkin saya tidak akan memperolehi kebahagiaan seperti hari ini .
Sekarang saya sedang menunggu hari-hari bahagia saya bersama dia. Sesungguhnya, Allah lebih tahu cepat atau lambat jodoh itu.. :) Doakan kebahagiaan saya..
Masa berubah, saya berdoa agar ketetapan iman ini tidak akan berubah hingga ke akhir nyawa.
congratz...da lepas 1st step eh? smoga bhgia kekal slama ny..jd lah bidadari yg d tggu2 d syurga bt suami trchenta..insyaAllah..ameen ya Rabb:)
ReplyDelete@iDLaL
ReplyDeletemekaseh... 1st step bertunang tu insyaAllah....x lama lg ukhti.... doakan segalanya berjalan dengan lancar.... :)
insyaAllah...:)
ReplyDelete