✿ Kasih Abah

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? harap semuanya sihat walfiat. Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan Abah menahan kesakitan, akhirnya terubat segala kesakitan abah setelah operation 4 Mei haritu. Sakit abah nie dah lama, cuma baru bulan April dapat detect sakit yang sebenarnya. Abah sakit TB tulang. kira tulang tu dah bernanah sampai tulang jadi reput. Sekarang dah ditukarkan dengan besi, dan amek tulang rusuk. Tak tahu la apa sbb sakit tu, setahu saya sakit tu kebanyakan dari India atau afrika kot. Apa pun, segalanya dah selamat, dan sekarang dapat berjalan dan berdiri seperti biasa. Nak ikutkan, sebelum-sebelum nie memang tak boleh bangun dan berjalan. Sekarang nie dah operate pun, sakit-sakit lagi, yelah...proses nak baik pulihkan. Banyakkan bersabar ye abah. We Love you. :)













Masa Abah sakit tu, terasa macam bertahun-tahun duk hospital pusrawi tu, lama jugak la. Rasanya nurse-nurse, dokter-dokter, makcik-makcik niaga kat kedai pun dah bosan tengok kite orang adek beradek ulang alek hospital...hehe..

Anyway, moga lepas nie segalanya baik-baik. Terima kasih pada ummi, adek-adekku yang tak jemu-jemu beri sokongan pada abah kita yang kadang2 perlukan semangat dan perhatian kita semua. Tak lupa juga thanks to kawan-kawan yang banyak bagi semangat kat saya. Terima kasih banyak2 juga pada calon teman hidupku juga kerna sanggup luangkan masa ziarah abah, beri sokongan pada keluarga kami. Heee~

Ok, see you. Moga kalian diberi kesihatan yang baik. Jaga diri baik2. . . ^____^

Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Pentingnya FOLIC ACID Sebelum Dan Semasa Hamil

Tidur Sunnah Rasulullah