♥Wanita Itu Sendiri Adalah Rahsia


Adakah wanita itu sendiri adalah rahsia dan lelaki ialah seorang yang banyak menyimpulkan rahsia dan sukar dimengertikan?

Mahu bicara rahsia dalam diri wanita…
Wanita bercerita dengan air mata, duduk bersimpuh selepas takhiyyat akhir dan menyimpul doa. Selepas doa, wanita sering menangis. Air mata wanita amat murah pada hati yang amat ikhlas dan jujur.

Mengapa wanita menangis?

Tangisan adalah satu suara untuk dikeluarkan, didengari. Bagi seorang ibu, pengorbanan dirinya tiada langsung untuk dicagar atau diganti. Cuma mohon si anak mengerti. Tapi anak amat sukar untuk akur pada kisah korban ibu mahupun cerita ibu untuk memanusiakan dirinya. Anak selalu lupa, pada setiap hentian doa dan kalimah syukur si ibu itu adalah didahulukan untuk anak dan orang sekelilingnya.

Misteri dalam diri wanita itu punya satu lingkaran hidup agar orang lain tersenyum, biar pun dirinya menangis. Ada wanita kuat suaranya, bagai mahu tebelah langit ke tujuh, bagai mahu keruh air di lautan, dan bagai mahu mati tiupan angin…tapi dalam hati wanita ini, jiwanya amat lembut dan punya lambaian syurga. Tambatan hati wanita itu punya harga diri yang amat tinggi, tersenyum walau di hina dan mengangkat doa dalam kesat kata dan hina.

Wanita amat jujur pada rasa diri, tidak pernah bercerita dan mendabik dada akan korban yang terpaksa dilakukan. Memaksa diri untuk menerima akan setiap sukar keadaan dan memujuk diri agar cinta yang hadir jangan Cuma menjadi singgahan.

Tiada hina menyimpan misteri wanita itu, membuang malu itu kerana sesungguhnya wanita ialah makhluk Allah yang penuh sopan, bertimbang rasa, dan sekiranya ada luka yang membuai rasa…wanita itu sendiri adalah rahsia.


Inspired by adifstory. Thanks to you. Ilusm
.

Comments

  1. Salam ukhwah...

    ermm..nmpaknya sudah ada artikelnya ye..hee..^__^

    "Wanita itu sendiri adalah rahsia.."

    Nampaknya dlm konteks dalaman, setuju dgn kamu Nailah..wanita itu penuh dgn kesopanan yg mampu mendamaikan jiwa yg resah, bertimbang rasa dlm menjalankan kehidupan bagai kesetiaan yg dinantikan, tangisannya pula membawa seribu erti makna sedih & gembira..doanya mampu ditembusi..serta ketaatannya tidak terjangka nilainya..

    Lembut tutur bicaranya pd yg hak..
    pasti bagai pewangi yg mengharumkan, kejujuran yg diberi memjadi pendorong impian menjalani liku2 kehidupan...

    Hebat ciptaan Allah yg bergelar wanita ini...

    disetiap itulah..ia menjadi rahsia pd wanita kpd lelaki yg belum menjadi tanggungjawabnya...

    syukran atas perkongsian ini Nailah..semoga dipermudahkan urusan kamu didunia dan diakhirat..

    ceria2lah slalu..^__^
    dan jagalah rahsia kamu, yg mana menjadi kekuatan dan impian pd yg tertentu..insyaAllah..^^,

    hehe..mohon tunjuk ajar..

    Hamba Allah,
    MHI

    ReplyDelete
  2. Seindah hiasan adalah wanita solehah.. ;)

    saya yakin, akk ila seorang wanita yg solehah..jaga diri baik2..

    ReplyDelete
  3. haniff : syukran Haniff... mohon doa semoga segala perjalanan sy sbg seorg wanita dipermudahkan olehNya. Hanya kesabaran dan pengorbanan yg mampu. ;)

    ReplyDelete
  4. Anonymous: InsyaAllah...kata-kata itu 1 doa. terima kasih dik ;)
    sila tggl kan nama ye.. ^___^

    ReplyDelete
  5. Salam ila..

    Alhamdulillah..menjadi wanita kurniaan ALLAH..Semoga kita menjadi bukan sekadar wanita..tp wanita yg lbh dari itu..Insya
    ALLAH akak doakan ila menjadi wanita yg solehah..doakan bt akk juga ye.. :)

    ReplyDelete
  6. wanita banyak simpan dalam hati segala duka yg dilalui..itu akak la..hehe

    ReplyDelete
  7. to kak aisyah: InsyaAllah kak...mohon doa dari akk jg..mg akk jg tergolong di kalangan srikandi solehah. =)

    ReplyDelete
  8. to kak Azila : betul kak...kebiasaannya wanita mmg suka simpan dalam hati. susah nak diluahkan. kalau diluahkan pun...pada org2 yg btul2 dipercayai. =)

    kadang2 diam itu lebih baik kadang2 diam2 buat kita bertambah sakit. macam mana tu kak..?

    ReplyDelete
  9. bg akak, bila akak ada masalah..tp rasa sendirian..tk de tempat nk dluahkn masalah...kena sedar blk..Allah ada dengan kita, Dia la yg paling hampir dn paling memahami kita sbenarnya....
    cuma biasalah, manusia..nk ada org lain utk kita bcerita. kalau ada naqibah, cite la pd naqibah kita..tk pun pd mak...

    ReplyDelete
  10. to kak zila: erm....ni smue depends on org tu sendri...org ni mcm2 cara die nak luahkan perasaan. tp biasa luah pada org yg lebih dekat, iaitu mak.. org yg btul2 kuat mcm akk lah yg blh simpan rahsia hati lama2..=)

    ReplyDelete
  11. ila pulak cmne?tk leh pendam lama eh, takut meletup..=)

    kak zla pn tak kuat, perlukn mak dn naqibah utk bantu kalau ada masalh..
    sb tu usrah tu sgt penting bg akak.

    ReplyDelete
  12. erm...insyaAllah..blh pendam lama2...tgk ape yg dipendam tu ttg ape. tp ape2 pun...mak mesti thu. =) tp pernah je malatops kak...hbis smue org....hehe..

    tp usrah tu penting gak... lg2 kita jadi rapat dgn naqibah...insyaAllah...smue nye selamat. =)

    ReplyDelete
  13. salam nailah..

    best entry kalini...btul wanita ini walau suaranya sekuat bak guru di langit..tp hatinya..lembut..kadangkala lelaki melihat perempuan ini sukar dimengertikan..tetapi sbenarnya tidak...

    ReplyDelete
  14. to kak fatahiyah:

    wslm akk. iyep, pmpn kadang2 nmpk je luaran kaso beno, tapi dalam hati ada taman bunga...angin sepoi2lg...hehe..camtu la ibaratnye.. sy selalu dengar, org selalu kata, "women its complicated"...tp sebenarnye x la rumit sgt nak mengenali wanita. =) btul x kak?
    org yang benar2 sabar dan berusaha mengenali wanita rasanya insyaAllah...ok je...rasanya la..=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::