.Bertawakallah Kepada Allah.
Mudah-mudahan Allah menyembuhkan
segala rasa yang menyakitkan ini
Sesungguhnya
Dia Maha Pemurah kepada makhlukNya
Dan pasti akan memberi kurniaNya
Kepada setiap orang yang tidur tenang dalam redha Allah dan takdirNya dengan berbantalkan dengan angin keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panahpun dapat menusuknya. Namun tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air mata. Ditujukan kepada setiap orang yang kehilangan anak-anak, kekasih, orang tua dan teman-teman. Ditujukan juga kepada setiap orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipatgandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan kesedihan ini. Ya Allah, mungkin ujian yangku rasakan sangat berat untukku, tapi aku tidak pernah lupa mungkin ada ujian yang sangat berat lagi menimpa saudara-saudara seislamku. Dan aku percaya ada hikmah disebalik semua ujian ini.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
Maksudnya:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
Ali Radhiyallahu ‘anhu pernah berkata:
Maksudnya : Kedudukan sabar dalam iman sama halnya dengan kedudukan kepala dan tubuh.
Maka berbahagialah dengan pahala akhirat didalam syurga Firdaus dan tempat yang berada disisi Tuhan Yang maha Esa di syurgawi dan ditempat yang sangat disenangi, sebagai ganjaran atas apa yang engkau perbuatkan. Memiliki iman dan kesabaran serta percaya kepada pahala Allah adalah sangat penting. Kelak kita akan mengetahui bahawa dalam keadaan apa pun boleh beroleh kebahagiaan dan keuntungan.
Comments
Post a Comment