6/19/10

Jika Sayang, berilah Kemaafan


Betapa sukar sekalipun, kita wajib memaafkan. Itulah kata-kata yang sering bermain difikiranku. Susahkan memaafkan seseorang yang sudah menyakitkan hati kita dan menganiya kita. Tapi kadang-kadang kemaafan itu memberi ketenangan buat diriku, dan mudahan-mudahan ia nya memberi ketenangan buat dia. walaupun ditelan pahit sangat, macam telan ubat la…

Kini, aku sedar kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang tak kemana. Yelah…masalah tu akan menyeksa diri kita sendiri juga. Terkadang aku terlalai dengan keasyikan emosi yang meluap-luap…menunggu saat untuk meletup je. Alhamdulillah, mujur Allah membimbing hati ini.lembutlah hati ini. ^-^

Untuk mendapat ketenangan perlu memberi kemaafan. Memang senangkan. Ya, aku sudah memaafkanmu. Tapi ikhlas kah aku? Mungkin take time. Tapi boleh ke kita menyayangi dia? ….waa..banyak betul persoalannya..kita dah maafkan, tapi mustahil perkara yang telah berlaku boleh hilang dalam ingatan begitu saja? Oh, tidakkk ! nak menyayangi…lagi la mustahil. Tapi, subhanaallah, maha suci Allah…Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya,dan menyayanginya lagi..tapi berbeza dengan kita. Subhanallah.

Alhamdulillah, memberi kemaafan itu satu yang luar biasa bagiku. Percayalah.. Bila kita memaafkan barulah kita bebas dari belengu seseorang, peristiwa dan keadaan yang kita bencikan itu. Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita benci itu melekat pada diri dan hati kita.

Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi.- berilah kemaafan. Maafkan aku kawan.


JIKA SAYANG, BERILAH KEMAAFAN..

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri.

2 comment:

.Cik Nana. said...

susah kan nak beri kemaafan di atas hati yg sudah dilukai?

Nailah El-Aziz said...

mmg susah...
senang je bubur kata . ya, aku maafkanmu...tp mustahil dapat melupakan trajedi tu...huhu

Post a Comment