Belum Kahwin, Jangan Pegang-Pegang !

Salam alaykum buat semua.

Cuaca sekarang semakin membahang. Alhamdulillah, taklah demam tapi terkadang rasa nak demam tak demam je. Anggaplah ini semua sebagai ujianNya. Saya ada terbaca satu ruangan artikal dibeberapa laman web yang melaporkan pelbagai kes rogol, terlanjur dan bermacam-macam lagi. Ianya pastilah bermula dari melakukan perkara-perkara yang ringan-ringan bukan. Telah menjadi kebiasaan, melihat bukan setakat di taman bunga, malah di shopping complex, kedai mamak, didalam library, malah ditepi-tepi jalan bergombol-gombol pasangan-pasangan melayu Islam yang sedang berpegang-pegangan tangan, malah lebih sedih, berpeluk-pelukan tanpa ingat (atau takut) kepada Allah s.w.t .


Gambar hiasan

Lebih menyedihkan lagi, terdapat pasangan yang membuat perkara itu adalah orang yang bertudung, malah ramai juga yang dilihatnya orang bertudung membuat perkara ini. Apalagi yang tidak bertudung .Saya tertanya-tanya adakah ini satu kebiasaan bagi kebanyakan remaja muslimah di Malaysia? Sebagai seorang remaja, apakah tidak malu melihat diri sendiri terperangkap dalam gaya hidup kurang sopan sedemikian. Sudahlah bertudung tetapi batas pergaulan tidak dijaga. Aduhai, saya sebagai remaja muslimah agak malu apabila melihat kaum hawa sedemikian. Mintak dijauhkanlah . Na’uzubillah. Saya tidak faham kenapa ada yang berbuat begitu. Apakah kerana desakan teman lelaki atau diri sendiri yang memilih untuk melakukannya? Orang Melayu tetaplah Melayu biarpun zaman beralih musim dan apa yang pasti Melayu itu tentu I.S.L.A.M . Wallahualam.

Gambar hiasan

Comments

  1. betul jg, ramai wanita btudung masih liar bbuat maksiat..islam hanya nmpak luarn...tp dalamannya blm lg...sma2 kta bdakwh

    ReplyDelete
  2. kelemahan iman..walaupun kadang2 dah menutup aurat n solat tp Allah masih blum diterima..=)sama2 doa agar Allah jauhkan kita..Amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::