Abah, Lelaki terhebat dalam hidupku!
Berbicara tentang idola, hanya abah terlintas difikiranku kerana dia benar-benar seorang bapa dan juga lelaki yang sempurna. Walaupun sibuk dengan urusan kerja , dia tidak pernah lupa akan anak-anak dan istri. Bagaimanapun, kami tetap ceria dan gembira apabila dapat berkumpul dan makan bersama-sama, walaupun kadang-kadang kami adik beradik ada yang tak dapat berkumpul memandangkan masing-masing sibuk belajar dan tinggal di asrama.
Dimana abah berada, dia pasti tidak akan lupa kami adik-beradik. Abah tidak pernah lupa untuk memberikan sepenuh kasih sayangnya pada kami, walaupun terkadang kasih sayang abah bukan pada lafaz kata-kata tetapi pada kami abah ada cara kasih dan sayangnya tersendiri. Abah sangat pemurah, abah akan memberi apa yang kami mahu dan perlu. Mungkin juga kerana latar belakang abah yang dahulunya terpaksa bersusah, membuatkan abah lebih mensyukuri nikmat yang diberi oleh-Nya. Melihat pengorbanan abah pada kami adik-beradik membuktikan padanya bahawa saya akan berusaha membuat abah berasa bangga.
Selamat Hari Bapa Buat Insan Yang tersayang. Mungkin agak lewat anakanda mencoretkan disini tetapi awal-awal dah kan bah. ^_^ ❤
keluarga yang ceria ~ngenge
ReplyDeletemuah3x...
ReplyDeletemy happiness ^_^
yeah..
ReplyDeletekeluargaku tercinta=)
abah mmg sporting..
ReplyDeletesyg abah!!!..
huhu=)
bkn senang nak dapat abah yg baik hati camni...^_^
ReplyDeletewah2..puji melambung....kalau abah tahu...msti tersenyum lebar.. ! ;D