Burulah Cinta
Kutekuni kitab “La Tahzan” Karya Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni Katanya: Janganlah bersedih! ..Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.
Benar..Fitrah insani inginkan bahagia Ingin dikasihi dan mengasihi,ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai, hingga kadangnya terlupa..Betapa menyintai dan ingin dicintai manusia bukanlah kemuncak cinta, malah bukanlah hakikat bahagia! .. itulah sebenarnya-benarnya yang ku rasa. Manusia boleh bermain kata tapi hakikatnya lain di hati. Bersyukur tidak terhingga, Allah sentiasa mengasihi hamba-hambanya, mungkin segalanya telah terbongkar, mungkin inilah petunjuk kebenaran yang cari selama ini.
Setelahku meneliti dan memahami isi kitab ini, terkandung banyak pengajaran. Alhamdulillah, segala telah tersurat. Seperti yang dapat dirasakan,semua manusia ingin memburu bahagia, tapi manusia kadang-kadang terlupa dimana utamanya bahagia itu.Yang sebenarnya..bahagia itu ma’nawi..jua bersifat rohaniah..lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’min adalah dengan mencintai Tuhannya.Kerana..Cinta kepada Allah..adalah cinta yang tiada tandingan dan bandingannya cinta yang paling memuaskan dan menenangkan.. buahnya amat menghiburkan dan paling membahagiakan..ya’ni bahagia yang mendasar..Yang dasarnya lebih dalam dari segala yang dalam.
Justeru wahai insani..burulah bahagia, hayatilah zikrullah.. jadikanlah ia cita-cita murni nurani agar hatimu tenang dan tiada keluh-kesah. Percayalah..andai kau temui bahagia..pasti 'syurga' sebelum syurga menjadi milikmu.. bahagia moga menjadi milikmu duniya wal akhirah.
wallahualam.
Hati Insan,
tabah mengahadapi sgalanya...ssghnya Allah tidak akan mengecewakan hambanya...
ReplyDeletegud luck...mg istiqomah dalam memperbaiki diri...;)
insyaallah..thank you 4 ur support..
ReplyDelete