:: Bangkitlah Dari Tidur Hari Ini Juga ::


Tanpa disedari kita telah melangkah ke tahun baru. Rasanya baru semalam hidup kat dunia ni tetapi kini ila sibuk bertungkus lumus menyiapkan tesis ,esemen-eseman presentation kuliah. Menyentuh tentang azam, smua org ada pasang azam masing2 kan dan impian untuk dicapai pada tahun 2010. Pastikan azam yang disematkan di dalam hati ini memberi kebaikan pada kita semua, terutamanya insan-insan yang disayangi. Lakarkan dan warnailah hidup mu pada tahun baru ini dengan perkara yang lebih baik dan lebih berfaedah.


Minggu pertama bulan januari ini akan bermulalah perjalanan hidupku yang baru. Dan pengakhiran semester bagi diploma. Kawan-kawan doakan yang terbaik untukku. Semoga apa yan dirancang pada tahun 2010 ini akan berjaya dicapai. Janganlah hanya setakat pandai cakap dan rancang sahaja tapi langsung tidak berusaha untuk melaksanakannya. Jangan jadi seperti tin kosong dah la ye….hehe. Bunyi sahaja yang lebih. Moga najah kamu orang..


Dikesempatan ini ila memohon sejuta kemaafan sekiranya ila pernah terkasar, mengguris perasaan dan menyakitkan hati semua melalui tulisan ila selama ini ye.. Sama sekali tidak berniat untuk berbuat demikian kerana pa yang ila harapkan, kawan-kawan, kamu orang menjadi lebih tabah, kuat semangat, jangan cepat melatah, peka dengan keadaan sekeliling dan bijak. Jangan fikir yang lepas2.Hidup perlu diteruskan.


Usah bermimpi lagi, ttuplah kisah-kisah dongeng yang dulu buka lah lembaran baru. Berubahlah ,menjadi feminine (yeke) tangkas, cergas, trendy , dan berkarisma (wah..azam ak tu). Bawalah kisah-kisah penuh inspirasi untuk dijadikan contoh pada semua org. Biarlah kamu jadi kebanggaan family, rakan2, masyarakat dan Negara.!



Trying to first new step today…! =)


Keep smiling…

Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::