:: Tetapkan Hatiku Tuhan ::

Maha Suci Ya Allah,


Maha Suci Engkau ya Allah yang kami tidak mempunyai ilmu kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Wahai Tuhan kami, muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman dan keluarkanlah kami daripada kegelapan dan keraguan.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami keikhlasan dalam kata-kata dan amalan serta kesudahan yang baik di saat berakhirnya ajal. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami termasuk golongan orang yang mendengar kata-kata lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya. Sesungguhnya Engkau berkuasa terhadap apa yang Engkau ingini dan Engkaulah yang layak mengabulinya.


“Ya Allah yang memiliki segalanya, andai diri ini bakal menyimpang dari landasan-Mu ya Allah..maka Kau ambillah diri ini ketika masih berada dalam nikmat Islam…andai diri ini suatu hari nanti ditakdirkan mungkin berpaling dari ajaran sebenar..maka hamba-Mu ini memohon agar Kau jemput hati ini ketika masih mentauhidkan-Mu ya Allah..dan kau kekalkanlah nikmat Islam dan iman dalam sanubariku..sehingga ke hembusan nafasku yang terakhir…” ameen..ya rabbal ‘alameen..



Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Pentingnya FOLIC ACID Sebelum Dan Semasa Hamil

Tidur Sunnah Rasulullah