:: Di mana cantiknya seorang muslimah? ::
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejutamalah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Memang tiada siapa yg tidak mahu menjadi cantik. Setiap orang juga pasti kelihatan cantik jika mereka mempunyai kualiti '7M'.
Musyarakah - yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri.
Murakabah - menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri.
Muhasabah - sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya.
Muakobah - sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna.
Muqarrabah - sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Mujahadah - berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.
Muarabah - cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri.
Insya-ALLAH kita sama-sama berusaha ke arah 7M. =)

insyaAllah,
ReplyDeletejkk untuk n3 y bagus ni