:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

”Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama??!

p/s: sama2 lah suami istri pandai masak.. saya sedang belajar ..=)

Comments

  1. assalamualaikum wbt

    kalau isteri tak tahu masak, makan kat luar jela. gaji kan besor. suami tak reti jadi imam, jom dua-dua gi jemaah kat masjid. imam kat masjid tahu jadi imam. [sekadar guarauan. hehe]

    ana rasa kedua-dua pihak kena mainkan peranan. tak bestla kalau pinpoint kat orang lain. kalau rasa isteri tak tahu masak, suami gi la belajar masak. tak sedap pun takpe. tapi kalau suami tak reti jadi imam, kena belajar la sampai pandai.

    -seposen dua-

    ReplyDelete
  2. owh..pndi ye ckp..=)

    mmg suami kena lajar msk..sbb mmg tu t.jwb suami sebenarnye..dlm islam mne kate msk kerja istri..hee.istri lahirkan zuriat, jaga anak2..btul x?

    ape2 pun, btul la kate nta tu, sama2 mainkan peranan..bertolak ansur..bergilir-gilir ke dapur.. =)

    -dua singgit-

    ReplyDelete
  3. huhuhuuhu

    setakat nih tak jmpa lg lah secra specifik islam suruh istri memasak utk suami...

    ttp kite kne tengok skop yg diberi, isteri kene beri layanan terbaik utk suami. memasak islah salah satu layanan utk suami n keluarga.

    n cube bace kisah pembawa/penarik unta fatimah utk memasuki syurga. wow, sungguh hebat layanannye :P

    anywy:-

    Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

    “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,

    bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari

    JENIS KAMU SENDIRI, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya

    dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan

    belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi

    keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang

    berfikir "

    - Ar-Rum : Ayat 21

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Pentingnya FOLIC ACID Sebelum Dan Semasa Hamil

Tidur Sunnah Rasulullah