:: Luahan Hati Yang Tak Berkesampaian ::

Wahai Muslimah Bakal Penghulu Bidadari Syurga,

Dihatiku,mengundang kerisauan.Risau melihat kaumku dizaman ini. Hatiku sering tertanya-tanya..Tidak takutkah dengan azab Allah? Kecantikkan itu hanya sementara, jagalah hijabmu. Kerana ianya mahkota yang terlalu mahal sekali bagi seorang wanita yang beragama Islam.

Wanita ibarat bunga...cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...kerana akhlaq itu umpama bunga diri...tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk...tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...ibarat bunga...ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar...tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya... Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah...sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...sebagai remaja, dia akan menjadi remaja yang berhemah...sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...


"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran." Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi kagum dengannya.

Jadi bangkitlah wahai kaum hawaku, jagalah maruahmu. Jangan meremehkan hukum Allah. Perbaikilah diri. Masih ada kesempatan untuk kita berubah.Prinsipku 1 , "Wanita yang benar-benar memahami hakikat kewanitaanya sahaja yang akan menghargai nilai dirinya", kerana diriku begitu berharga. =)





Comments

  1. subhanaalah...
    bestnya kata2 akak ni...
    seronok n sejuk hati sy baca..
    teruskan menuslis..
    sy sokong dar blakang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::