:: Orang Asing itu... ::

‘ Sabda Rasulullah saw : Daripada sahabat Abi Hurairah R.A berkata : Islam mula tersebar dalam keadaan aneh (asing) dan Ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. Hadith riwayat Imam Muslim.’

Menurut kajian dalam hadith ini, Islam itu mula tersebar di Makkah dalam keadaan yang sangat ganjil. Asing dan ganjil ini bermaksud, penganut Islam pada waktu itu amatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan orang yang menentang. Islam pada awalnya dianggap satu ancaman, bukan keamanan seperti yang sepatutnya…

Namun setelah Islam tersebar diseluruh pelosok dunia, Islam ternyata kembali asing dan dipandang ganjil oleh dunia, bahkan juga dari kaca mata umat Islam sendiri. Ini kerana, sebahagian orang Islam merasa ganjil dan pelik apabila melihat saudaranya mempunyai sikap iltizam atau komitmen yang sangat tinggi dan juga mengamalkan ajaran Islam sebenar. Seorang penganut Islam yang taat bagaikan dipandang aneh oleh masyarakat walaupun masyarakat Islam sendiri dan amat susah untuk mereka terima..

Misalnya, ketika dalam satu majlis keramaian atau program kemasyarakatan, jarang benar kita melihat saudara Muslim kita yang sanggup memberhentikan majlis semata-mata untuk memberi laluan solat kepada orang lain.Hmm, TETAPI apabila ada saudara Muslim kita yang minta diri dulu untuk solat ketika sedang majlis keramaian berlangsung, orang ramai akan memandang ANEHNYA. Dan yang paling TERUK mungkin ada yang beranggapan tindakan itu adalah tidak sopan. Mungkin ada yang menyusulkan, mengapa tidak solat setelah selesai majlis nanti. Sedangkan panggilan Allah itu lebih penting dari penggilan dunia yang melalaikan…

Orang yang menangguhkan solat ketika majlis berlangsung, atau tidak solat langsung atau bersenda gurau ketika Allah sedang memanggil untuk menuju al- falah, dianggap sporting. Bukankah itu lebih ANEH???

Contoh yang lain, seperti yang berlaku pada diri saya sendiri. Saudara Muslim kita, ada yang beranggapan.. memakai tudung labuh itu sesuatu yang ganjil? Kuno? Tak up to date? Saya hairan, apabila saya dan sahabat saya ( berniqab ) apabila menaiki komuter kami dipandang ganjil, aneh. Terasa didalam komuter kami orang asing. Dari atas sampai bawah mereka pandang dan tersengih-sengih. Tidak tahulah apa yang mereka fikirkan. Cuma, disini kita cuba husnu zhon.

Sahabatku yang dirahmati sekalian. Kita mungkin menjadi sebahagian antara makhluk Allah yang aneh itu. Banyak tindak tanduk kita menjadi ganjil pada pandangan masyarakat. Berjihad masa study semata-mata untuk program dakwah, bangun tengah malam semata-mata untuk Qiam Jami’e. Iktikaf dimasjid hampir setiap bulan, bahkan ada iktikaf tiap malam. Semua ini dipandang aneh oleh saudara kita yang lainnya. Janganlah ,merasa diri kita teruk tetapi bersyukurlah kerana kita menjadi antara orang-orang asing yang nyata dalam hadith tadi. Moga kita mendapat keredhaan Allah. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::