6/24/09

:: Cerita Dari Hati ::

Dulu
Aku pernah mengecapi kebahagiaan duniawi yang semetara, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Masa remajaku yang sepatutnya aku isi dengan tarbiyah, aku sia-siakan. Aku tak sedar, aku tak kenal siapa diri aku sebenarnya. Sehingga di saat diriku ditegur olehMu melalui sahabatku, segala-galanya berubah. Aku mula muhasabah diri. Aku sangat kecewa, kecewa dengan diriku sendiri. Aku tahu, hidup ini perlukan perubahan. Jiwa pedih merintih, hati aku sakit.
.

Dan pada saat kekecewaan itu,

Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.Pada saat ini, aku rindukan kehadiranMu sepanjang jalan hayat hidupku. Aku tersesat dijalan ini tak tahu lagi arah kembali, aku mengharapkan Kau tuntunlah aku kemana pergi. Astaghfirullah, aku ini penuh jemu, Jiwa ragaku jadi belenggu, aku mengharapkan rahmatMu untuk menyelamatkan aku, relakan aku dekat padaMu.

Di kala aku gembira,

ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku. * Allah*

Ya Allah, pandanglah kami, Mohon belas kesihanMu agarku dapat keredhaanMu.

0 comment:

Post a Comment