:: Andai Kau Ingin Bersahabat ::

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...


Tapi bersahabatlah kerana Allah...
Buat sahabat yang kucintai lillah..
ukhti Ju & ukhti Hawa
Ku harapkan ukhuwah kita akan berkekalan mekar daiman fi qalbi wa syurga firdausi.
Salam perjuangan, moga kita dapat sama-sama bermujahadah dalam mencari ilmu Allah,ikhlas kernaNYA.
Biiznillah... =)
Salam sayang..
dr ~ukhti ila~

Comments

  1. salam..
    Indahnya persahabatan jika kerana Allah..mudahan kekal dan mendapat rahmat dari Allah.

    ReplyDelete
  2. smoga persahabatan kalian diberkati ALLAH hingga ke surga. ;=)

    (manis kata2 tu. semanis persahabatan yg terjalin kerna-NYA.)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::