:: Orang Asing itu... ::
‘ Sabda Rasulullah saw : Daripada sahabat Abi Hurairah R.A berkata : Islam mula tersebar dalam keadaan aneh (asing) dan Ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. Hadith riwayat Imam Muslim.’ Menurut kajian dalam hadith ini, Islam itu mula tersebar di Makkah dalam keadaan yang sangat ganjil. Asing dan ganjil ini bermaksud, penganut Islam pada waktu itu amatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan orang yang menentang. Islam pada awalnya dianggap satu ancaman, bukan keamanan seperti yang sepatutnya… Namun setelah Islam tersebar diseluruh pelosok dunia, Islam ternyata kembali asing dan dipandang ganjil oleh dunia, bahkan juga dari kaca mata umat Islam sendiri. Ini kerana, sebahagian orang Islam merasa ganjil dan pelik apabila melihat saudaranya mempunyai sikap iltizam atau komitmen yang sangat tinggi dan juga mengamalkan ajaran Islam sebenar. Seorang penganut Islam yang taat bagaikan dipandang aneh oleh masyarakat walaupun masyarakat Islam sendiri dan a