:: Larangan Meminta-minta Dan Menzahirkan Kefakiran ::

HADIS HARI INI:
BAB AKIDAH Larangan Meminta-minta Dan Menzahirkan Kefakiran
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.” (baihaqi)


Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai nikmat kurniaan Allah S.W.T. sama ada berupa kesihatan, penglihatan, pendengaran, kekayaan, kebijaksanaan dan sebagainya. Oleh itu sebagai menunjukkan tanda kesyukuran tersebut, sewajarnya nikmat-nikmat itu dipergunanakan sebaiknya dengan melipatgandakan usaha ke arah kebaikan diri, agama, bangsa mahupun negara. Itulah kesan nikmat yang disukai oleh Allah pada hamba-hamba- Nya.

ii) Menzahirkan kefakiran dan bersikap suka meminta-minta adalah antara sifat orang yang kufur nikmat kerana ia tidak memanfaatkan nikmat yang sedia ada untuk berusaha dan berikhtiar mengubah nasibnya, bahkan cara ini sebenarnya menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai perasaan malu yang sekali gus merendahkan maruah dirinya sendiri.

iii) Malu adalah salah satu daripada cabang iman di mana pengertian malu mengikut syarak itu ialah perasaan yang mendesak seseorang itu supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar tentang pengawasan Allah atas gerakgeri yang menyebabkan ia terpelihara zahir dan batin dari perbuatan dan unsur-unsur yang mengundang kemurkaan Allah.

iv) Malu adalah dipuji selama malu itu menjadi unsur pencegah dari kejahatan, pendorong jiwa untuk berbuat kebaikan serta malu itu pula tidak menyebabkan kehilangan maruah atau kehormatan peribadi.

v) Sementara malu yang dikeji pula ialah apabila malu berkata dan melakukan suatu perkara yang benar padahal tidak ada sebarang halangan untuknya berbuat demikian. Sifat ini hakikatnya bukanlah malu tetapi ‘pengecut’ yang amat dicela oleh syarak.

Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::