5/27/09

:: Jalan Cinta ::

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
mustahil cinta bertandang,

Tanpa percintaan,
mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam islam ada ta'aruf dalam tempoh

RISIK


dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Ta'aruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif' ta'aruf,
dan serasi dan fikiran
manusia berlainan,
Islam mengajar manusia ta'aruf
yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga kemaksiatan,
Bukan ta'aruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,batasanNYA tidak boleh
dipermainkan.








1 comment:

Nur Azila Yahaya said...

salam rindu.
zila suka baca ni...
betul2, untuk kenali pasangan tu bukan melalui cinta bernafsu itu..

Post a Comment