Dimana Canteknya Wanita??


Menurut Qatadah,wanita Jahiliah berjalan dengan gaya ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai dilehernya, subagn & perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda. Mereka juga bergaul bebas dengan kaum lelaki.

Oleh itu wantia Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya waita jahiliah itu tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenarnya dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-menunjuk dan memikat dinyatakan seperti berikut:

1. Menundukkan pandangan: Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita ialah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya adalah dengan menundukkan pandangannya seperti firman Allah yang bermaksud: “ Katalah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannnya.( An-Nur )
2. Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang berlaku kini dalam pawagam, bilik kuliah di universiti, auditorium, dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamudiketuk dengan tukul besi yang tajam di dalam kepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya.
3. Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syara’ seperti berikut:

a. Pakaiannya hendaklah menutup seluruh tubuhnya melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafasirannya muka dan tangan
b. Pakaian yang dipakai itu janganlah dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “ Antara penguni2 neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”

“Memakai baju tetapi masih bertelanjang” bermaksud pakaian jarang yang dipakai tidak melindungi aurat mereka. Suatu masa dahulu, beberapa orang wanita daripada Bani Tamin telah datang menziarahi Aisyah r.a. & dia telah berkata kepada mereka : “Jika kamu ialah orang yang beriman maka pakaian semacam ini tidak layak dipakai oleh wanita beriman.” Pada ketika yang lain pula apabila seorang pengantin perempuan memakai selendang jarang telah keluar menemuinya, dia berkata:”Seorang wanita yang berpakaian seperti ini tidak percaya kepada surah An-Nur dan Surah Al-Ahzab yang mengandungi banyak pengajaran berhubung dengan kesucian dan kesopanan hubungan lelaki dan wanita serta tentang jenis pakaian mereka.

c. Pakaiannya tidak boleh terlalu ketat hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali di bahagian yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.
d. Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki seperti seluar.

Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam tidak menyukai penganutnya yang cuba menyamai gaya orang bukan Islam. Islam menggalakkan penganutnya supaya mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sebab itulah orang Islam digalakkan supaya mempunyai pendirian sendiri yang berlainan daripada pendirian orang bukan Islam dalam pelbagai aspek. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “ Sesiapa yang meniru sesuatu bangsa lain, maka ia adalah bangsa itu

4. Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda.Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah yang bermaksud: “ Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja ( semasa bercakap dengan lelaki asing ) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya ( menaruh tujuan buruk kepada kamu)…Al-Ahzab 32

5. Dia tidak menarik perhatian dengan lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya, atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” ( An-Nur: 31 )

Wanita pada zaman Jahiliyah pernah menghentak kaki apb berjalan di hadapan lelaki supaya gelang locengnya akan berbunyi dah akan didengari oleh mereka. Al-Quran menegah perbuatan seperti ini kerana ia mungkin menggoda lelaki mata kerajang untuk mengekorinya dan ia juga menyampaikan niat jahat dalam hati wanita tersebut. Islam juga telah membuat garisan tentang penggunaan bau-bauan kerana di sini juga ia mempunyai maksud untuk menarik perhatian lelaki dengan menaikkan nafsu mereka.Hadith Nabi mengatakan:
“Seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai, ia merupakan seorang penzina.”

Begitulah cara dan gaya wanita Islam mensyukuri kecantikan rupa paras dan fizikal yang dikurniakan Allah. Wanita Islam sepanjang masa ketika di luar rumah hendaklah memperlihatkan ciri-ciri yang baik., warak dan bertanggungjawab dan bukan sbg jenis yang mudah dipermainkan dan menggoda. Oleh itu tidak sepatutnya wanita Islam mempamerkan kecantikan dan kejelitaan mereka dengan menceburi bidang peragaan atau memasuki pertandingan ratu cantik atau menyanyi atau menari atau bidang-bidang yang seumpamanya.

Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan yang seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk mengedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bukanlah wanita biasa yang merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan gaya dan kecantikan mereka kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::