Posts

Showing posts from May, 2009

:: Kasihmu Ya Rasulullah ::

Ya Rasulullah, sungguh pemergianmu tiada pengganti. Sesungguhnya ku amat merinduimu.Marilah mengenali, mendalami, mencintai baginda Rasulullah saw. Moga kita sama-sama lebih mengenali idola kesayangan. BIODATA RASULULLAH SAW · Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim · Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) · Tempat lahir: Di rumah Abu Talib , Makkah Al-Mukarramah · Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim · Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf · Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) · Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) · Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakuka

:: Redha Allah ::

Salam semanis madu.. Apa khabar iman kita hari ini? Moga Allah sentiasa menyuburkan iman dalam hati kita.InsyaAllah. Dalam hidup, keinginan dan kemahuan kita sentiasa seiringan. Tidak salah jika kita inginkannya tetapi sentiasalah besederhana ye untuk kita sentiasa mendapat redha Allah. Ada lima perkara yang semua kita mahukannya dan kita berusaha utk mendapatkannya : 1:wajah yang cantik 2: duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan.. senang je untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata Nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.”

:: Jalan Cinta ::

Image
Ramai orang berpandangan, Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang, Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan, Mereka sebenarnya terlepas pandang, Dalam islam ada ta'aruf dalam tempoh RISIK dan bertunang, Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan, Ta'aruf itulah mendedahkan keserasian, Cuma takrif' ta'aruf, dan serasi dan fikiran manusia berlainan, Islam mengajar manusia ta'aruf yang ada sempadan, Terpelihara dan terjaga kemaksiatan, Bukan ta'aruf melalui bercinta sakan, Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, Bukan serasi dengan kehendak pasangan, Cinta al Rahman menjana kebahagiaan, Lantaran itulah,batasanNYA tidak boleh dipermainkan.

قصة حزينة

بينما كان الأب يقوم بتلميع سيارته الجديدة While a father was polishing his new car إذا بالابن ذي الأربع سنوات يلتقط حجراً ويقوم بعمل خدوش على جانب السيارة His 4 Years son picked a stone and made scratches on the car side with visible lines. وفي قمة غضبه، إذا بالأب يأخذ بيد ابنه ويضربه عليها عدة مرات The angry father tightly grasped on kid's hand & hit it many times بدون أن يشعر أنه كان يستخدم 'مفتاح انجليزي' مفك يستخدمه عادة السباكين في فك وربط المواسير Not realizing that he was using a wrench في المستشفى بعدما فقد أصابعه، كان الابن يسأل الأب متى سوف تنموا أصابعي؟ At the hospital, little child was asking his father after he lost his fingers: 'Dad, when my fingers will grow up?' وكان الأب في غاية الألم The father was desperately hurt. عاد الأب إلى السيارة وبدأ يركلها عدة مرات He went back to the car and kicked it allot وعند جلوسه على الأرض، نظر إلى الخدوش التي أحدثها الأبن فوجده قد كتب ' أنا أحبك يا أبي He sat down on the side walk and while looking at the sc

:: AhLaN wAsahLaN ::

Image
Salam kerinduan buat sahabat2 semua. Harap2 kamu sihat walfiat. Dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah. Semingg u yang lepas 11 mei 09, kemasukan pertama bagi pelajar baru di Kuis. Harap tak terlambat saya nak ucapkan AHLAN WASAHLAN, to all new student. Terima kasih diatas kerjasama kalian dalam menjayakan Ta'aruf week bersama-sama akak2 dan abang2 fasi yang lain. Walaupun program tersebut dilalui dengan pelbagai ujian dan cabaran .Moga segala yang manis dijadikan kenangan dan yang pahit itu dijadikan pengajaran. Terima kasih juga pada sahabiah2 saya kerna membantu. Moga kita dapat jadi contoh yang baik kepada adek-adek baru kita yang lain. InsyaAllah. Jadikanlah misi kita Dakwah Dan Islah sebagai medan perjuangan kita. Biiznillah. =) Terakhir kalinya, Selamat Datang kepada pelajar baru sesi Mei intake kedua akan datang 25hb 09. Moga adek-adek terus sukses dalam perjuangan baru di alam IPT. Akak2 dan abang2 disini akan terus mendoakan kejayaan antum. Moga najah. =) Salam saya

:: Larangan Meminta-minta Dan Menzahirkan Kefakiran ::

HADIS HARI INI: BAB AKIDAH Larangan Meminta-minta Dan Menzahirkan Kefakiran Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.” (baihaqi) Huraian Pengajaran Hadis: i) Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai nikmat kurniaan Allah S.W.T. sama ada berupa kesihatan, penglihatan, pendengaran, kekayaan, kebijaksanaan dan sebagainya. Oleh itu sebagai menunjukkan tanda kesyukuran tersebut, sewajarnya nikmat-nikmat itu dipergunanakan sebaiknya dengan melipatgandakan usaha ke arah kebaikan diri, agama, bangsa mahupun negara. Itulah kesan nikmat yang disukai oleh Allah pada hamba-hamba- Nya. ii) Menzahirkan kefakiran dan bersikap suka memin

:: Beautiful Award ::

Image
Terima kasih iza..sudi bagi anugerah nie.. tapi ila, tidak lah tergolong dikalangan "BEAUTIFUL GIRLS" hehe. Biase2 aje. ~ syarat-syarat sah jual beli award ini : :: pastikan jantina anda perempuan i yer, mestilah..saya perempuan, wanita...hu2. :: copy badge sebagai award anda sudah pun..kat atas tuh.. :: Nyatakan 7 sebab anda bangga menjadi seorang perempuan 1. Seindah hiasan adalah wanita solehah 2. Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki 3. Kemuliaan seorang perempuan lebih nyata jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak keatasnya 4. Bersyukurlah sebab Allah menjadikan kita dikalangan wanita, jadilah wanita-wanita yang diredhai Allah 5. Kerana diriku wanita, aku lebih tabah menhadapi segala ujian dariNya. 6. Kerana diriku begitu berharga 7. Aku tulang rusuk yang bengkok, berhati-hatilah meluruskan aku.. ~pass kan award ni kepada girlfren anda :: Azila :: Kakjah ramai sebenarnye girlfren ila, ila pass kat 2 o

:: Tagged By Kak Jah ::

Image
salam sedamai firdausi buat kak khadijah. firstly ila mintak maaf, sebab lambat jawab tag akak. ila sibuk dengan kemasukan pelajar2 baru di kuis. Now, ila free seminggu. ila jawab yer..akak nak tawu kan..huhu. 1) print screen wallpaper yang digunakan sekarang ? Ni la ghuper dekstop ila..hehe. 2) Kenapa anda suka wallpaper tersebut? Kenapa ye? sebab ila suka kata-kata kat wallpaper tu..nak explain pun x tahu macam mana.huhu. " Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya, dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya"

Dimana Canteknya Wanita??

Image
Menurut Qatadah,wanita Jahiliah berjalan dengan gaya ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai dilehernya, subagn & perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda. Mereka juga bergaul bebas dengan kaum lelaki. Oleh itu wantia Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya waita jahiliah itu tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenarnya dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-menunjuk dan memikat dinyatakan seperti berikut: 1. Menundukkan pandangan: Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita ialah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya adalah dengan menundukkan pandangannya seperti firman Allah yang bermaksud: “ Katalah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannnya.( An-Nur ) 2. Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh a

:: Rahsia Solat ::

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... 1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penj

:: Petikan Khas Buat Tatapanmu ::

Image
Langkahku kali ini langkah Mujahidah,pantang berundur! Ya Allah,terima kasih krn memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan kpd Yusof menghadapi Zulaikha.Aku mmg hajat pd tarbiyyah berterusan utk terus mendapat kekuatan.Dunia ini terlalu dusta & menggoda, hanya jln tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dr murkaMu.Ya Allah,aku takut menghadapi ujian hr esok.Tolonglah berikanku kekuatan,aku tdk mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkn jln tarbiyyah & da’wah ini spt dulu.Cukuplah sekali aku pernah t'tipu dek nafsu.Akan kuperangi suara nafsu habis2an sbg seorg mujahidah laksana garangnya Umar di medan perang.Akulah seorg mujahidah! Ya Allah! Cinta-Mu tak pernah mengecewakan…Kau terlalu Maha Penyayang. Aku yakin,kehadiran cinta manusia adlh tanda hadirnya cintaMu.Aku hamba yg derhaka namun Kau tak putus2 memberikn rahmatMu.Ya Allah,layakkah aku yg penuh dosa ini utk insan yg mulia? Jk dia bintang agama sedangkn aku pula lumpur yg hina?.Aku masih m

Jagalah 7 Sunnah Rasulullah

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid

Hidup Kita nie..

HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI: 1.Semalam - Sudah menjadi sejarah 2.Hari Ini-Apa yang sedang kita lakukan 3.Esok-Hari yang belum pasti Hisablah hari pertama semoga hari Yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS: 1. Nafas Naik 2. Nafas Turun Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan dalam menggunakanya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN: 1. Hidup dalam keredhaan Allah 2. Hidup dalam kemurkaan Allah HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : 1. Kekal didalam neraka 2. Kekal didalam syurga Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya