Persahabatan dan kasih sayang
1-Rasulullah s.a.w. pakai istilah sahabat. Setengah jemaah juga begitu. Terasa lebih halus, lebih mesra, lebih erat.
2- Imam Ghazali pun guna sahabat. Malah sahabat penting kerana ia merupakan salah satu dari cara mendapat taufik,
setelah mendapat hidayah
3- Asas persahabatan: berpegang teguh kepada hukum Allah SWT:
4- Asas persahabatan ini terangkum dalam aqidah, syariat dan akhlak.
· Aqidah (dari Ilmu Tauhid): takutkan Allah SWT (neraka, terputus cinta dan kasih sayang, terputus bantuan, etc).
Kaedah e.g. sembahyang - sembahyang kerana menghambakan diri kepada Allah SWT, bukan kerana kewajipan
semata-mata bakar mazmumah, lahir peribadi agung, menaungi sahabat dan masyarakat).
· Syariat (dari Ilmu Feqah): Melaksanakan peraturan-peraturan Allah SWT
· Akhlak (dari Ilmu Tasauf): hapuskan mazmumah, masukkan mahmudah. E.g. merasa Islam kepunyaan bersama; orang
lain mendaulahkan Islam, kita seronok.
* Tak mungkin persahabatan sebenar akan lahir kecuali mempelajari ketiga-tiga ilmu fardhu `ain ini.
5- Dari asas persahabatan ini, lahirlah keselarasan dan kesefahaman, bertunjangkan kepada iman dan taqwa serta ukhwah Islamiah .maka lahirlah jemaah
(Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah – Ali
Imran (3):103).
6- Dari persahabatan sebegini sahajalah akan lahir kasih sayang sebenar. E.g.
i- Kasih sayang sahabat terhadap sahabat:
a- Rasulullah terhadap Sayyidina Abu Bakar: “Jika aku boleh mengambil manusia sebagai kekasih, nescaya aku mengambil Abu Bakar menjadi kekasihku, tetapi aku lebih cinta kepada Allah Yang Maha Tingg” (Hadith).
b- Sayyidina Abu Bakar terhadap Rasulullah: Semasa hijrah, Sayyidina Abu Bakar menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur di pangkuannya. Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar. Rasulullah mengeluarkan bias ular dengan mulut Baginda sendiri.
c- Sepupu Abu Jahm bin Huzaifah terhadap sahabat-sahabat lain – Dalam peperangan Yarmuk, beliau mengutamakan dua sahabat lain yang gering dan memerlukan air hingga ketiga-tiganya meninggal dunia.
ii- Kasih sayang remaja terhadap saudara seagama:
a- Seorang remaja zaman Rasulullah s.a.w. mempertahankan maruah seorang wanita Islam yang diperli oleh sekumpulan pemuda Yahudi hingga beliau dibunuh dan hampir mencetuskan peperangan antara orang-orang Islam dan Yahudi.
7- Semua ini merupakan buah kepada ilmu yang membuahkan iman; iman membuahkan amal; amal membuahkah akhlak; antara akhlak adalah kasih sayang.
8- Tapak kasih sayang adalah hati. Oleh itu kasih sayang tak mungkin wujud kecuali hati bersih. Ilmu membersihkan hati ialah ilmu tasauf.
i- Jaga makanan
ii- Membaca al-Qur`an
iii- Mengingati mati
iv- Mempelajari ilmu – Fathul Mansuli
9- Bila hati bersih, walaupun terasa persahabatan renggang, mampu melihat pelbagai hikmah di sebaliknya:
- tanda kasih sayang Allah SWT
- peluang menyuluh diri
- peluang mendapat pahala sabar
- peluang mendapat pahala pemaaf
- peluang mendapat pahala mengharap kepada Allah SWT
10- Kasih sayang didapati apabila kita sayang kepada Allah SWT.
Memilih teman sama ertinya dengan memilih masa depan. Memilih teman sama ertinya dengan memilih perilaku. Memilih teman sama ertinya dengan memilih kualiti ilmu. Maka, siapa pun yang ingin masa depannya cerah, perilakunya menawan hati, serta luas ilmu dan wawasannya, maka ia harus sangat pandai memilih teman.
Kita akan sukar berkembang bila sehari-hari kita bergaul dengan orang-orang malas. Kita pun akan sukar meraih kemuliaan akhlak, bila sehari-hari kita bergaul dengan orang yang buruk akhlaknya. Maka, tinggi rendahnya kualiti seorang manusia sangat dipengaruhi oleh kualiti orang yang menjadi temannya.
Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karib)nya. Kerana itu, ada baiknya seseorang dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya" (HR Abu Dawud dan At-Tarmizi).
~uhibbukum jiddan ya sohabati~
u got award. collect it at http://sheluvsmusic.blogspot.com/2009/04/award-for-all-my-followers.html
ReplyDeletethanx ea..4 the award.. =)
ReplyDeletenway,
::gud luck 4 ur future life::
::Allah yubarik fik::