8 ciri suami mithali

Salamun alaik sahabat2 sekalian..

Suami soleh? Isteri solehah? Semestinya ini menjadi impian setiap insan bukan? Tapi, berapa ramaikah diantara kita yang betul2 mendapat apa yang diinginkan? Dan berapa ramaikah antara kita yang menyesal dengan pilihan mereka? Suami soleh yang diharapkan, tapi alih-alih suami yang perangai melebihi mat saleh yang kita dapat..Nauzubillah.. Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;


1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:


"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan
dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.


2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.



5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.


6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.


7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

So, buat kaum adam sekalian, berlumba-lumbalah untuk mendapat tempat dihati kaun hawa, sebagai lelaki idaman yang bukan sekadar pada pandangan mata nafsu semata-mata, tetapi pada mata hati dan iman yang lebih merangkumi keseluruhan diri kita sebagai pemimpin dalam 'masjid' yang bakal kita bina bersama zaujah kita nanti. Soleh kita, maka solehahlah zaujah kita nanti sekiranya kita pandai membimbing mereka kelak.

Buat kaum hawa, buatlah pertimbangan yang sebaik-baiknya mengikut kata iman bukan kata hati dan nafsu semata-mata sebelum memilih pasangan hidup anda kelak. Jika silap pilihan anda, musnahlah rumah tangga yang anda impikan selama ini. Mungkin anda bahagia, tapi adakah kebahagiaan anda itu disertai oleh keberkatan dari Allah swt?

Comments

  1. salam...sy nk jd g2 gak ler...hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    x reti masak lg...
    x reti basuh kain sendirik lg...
    x layak..huk2...

    ReplyDelete
  3. klo nak seribu daya, x nak seribu dalih..

    huhuhu...

    belajar ler..adoyai.en heli nie..

    ReplyDelete
  4. skang da reti la masak sket..
    goreng telur mate kerbau...
    goreng nuget...
    hehehehehe

    ReplyDelete
  5. tu da kebiasaan dgr..

    xperla.. msk telur goreng, nuget, pun ley mkn jgk kan..

    bgs2, en heli nie. =)

    ReplyDelete
  6. mekasih2..
    sy bangga...hhahaha
    dapat masak telur mata n nuget sampai bertukar warna dan kaler dan rase..
    hahahaha

    ReplyDelete
  7. ahsanta...

    lg elok tu...

    usaha lg..

    cam ape je sy ckp camtu.ape2 pun..ikut lah cth Rasulullah..insyaAllah, jdlah keluarga yg sakinah bersama isteri cerdik yg solehah. i/Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::