sirah junjungan~ Tahajud Cinta
Salam Sahabat Muslim yang dikasihi,
Tahniah buat Erma Fatima insan seni yang mempunyai kesedaran untuk memperjuangkan dan berdakwah melalui teater. Tetapi malang nya kurang mendapat sambutan dikalangan para generasi baru untuk mengenali nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.dengan lebih dekat lagi. Saya rasa ini adalah usaha yang terbaik yg harus kita beri pujian kepada Erma Fatima.
Erma Fatima said~~
KETIKA ISLAM DI CABAR...RASULULLAH s.a.w DIHINA DAN DI CERCA.... tidak ada yang termampu dilakukan oleh insan seni seperti saya.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memandang seni ini sesuatu yang menjijikkan.
Namun saya percaya..ALLAH maha mengetahui segalanya. Tidak ada yang dapat saya korbankan...tidak ada apa yang dapat saya perjuangkan selain dari sebuah karya yang memaparkan keagungan Rasul yang di cintai melalui pementasan SIRAH JUNJUNGAN sebuah kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dari mulai baginda lahir hinggalah wafat.
Tidak ada ertinya sebuah karya tanpa sokongan..Mohon sahabat-sahabat Muslim ku...siapa yang akan menyokong usaha saya ini kalau bukan kalian..sahabat sebangsa dan seagama ku.Demi RASUL TERCINTA...gegarkanlah ISTANA BUDAYA dengan SELAWAT sempena Maulidur Rasul kali ini.
Andai persembahan pop, Inggeris mampu diangkat...janganlah biarkan SIRAH JUNJUNGAN hanya sebagai cebisan karya untuk mengisi ruang ISTANA BUDAYA tanpa sokongan. Bukan untuk saya...bukan juga untuk sesiapa...tetapi untuk MARUAH KARYA ISLAM. Bantulah hebahkan pada sahabat-sahabat lain agar KISAH RASULULLAH ini dapat di tatap bersama.
INFO : www.yayasansenikarya.com
Salam Jazakallah
dari Insan Seni Hina..
Eirma Fatima~
Comments
Post a Comment