Alam penuh takzim buat sahabat2 yg amatku sayangi


" Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.


"
Sentiasalah kita bermuhasabah diri, tika kita bangun, duduk, atupun tidur.. Ingatlah, ALLAH masih menghidupkan kita sehingga saat ini kerana ALLAH masih menyayangi kita dan masih membuka pintu TAUBAT kepada hamba-hambaNYA..

" Hargailah setiap apa yang dihadapan kita, kelak bila ia tiada kita akan menyesal dan bersedih ats kehilangannya. Semoga ukhuwwah yang terjalin antara kita berkekalan dan diberkati oleh ALLAH SWT.. " Setiap yang bernyawa pasti akan mati " sama-sama kita renungankan dan perbaiki diri menjadi wanita, muslimah, perempuan, gadis, anak, pelajar dan hambaNYA yang soleh dan solehah..

Comments

  1. insyaAllah...
    semoga kita tabah mengharungi hidup yg kian mencabar kini....
    tidak lagha dlm kesenangan duniawi....
    dan berusaha mencari keberkatan Ilahi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Pentingnya FOLIC ACID Sebelum Dan Semasa Hamil

Tidur Sunnah Rasulullah