~Dari hatiku untukmu~
Assalamualaikum..
Wahai sahabiah-sahabiah sekalian..Ana harap antuna sentiasa sihat selalu dan yang pasti sentiasa menjaga diri dari fitnah dunia. Moga Allah sentiasa mengawasi antuna dari kelalaian itu.Aameeen. Sesungguhnya Rasulullah sebelum baginda wafat,ada mengatakan bahwa kita kaum wanita adalah sebesar-besar fitnah bagi lelaki.
Sahabatku sekalian,
Maaf andainya apa yang ana katakan ini mungkin mengusik hatimu atau mungkin membuatmu tercabar. Maaf sekali lagi...
Moga Allah sahaja dapat membuat penilaian ke atas diri ana yang hina ini.
Tapi sahabatku ,
Beri ruang pada dirimu untuk menghayati kata-kataku ini.Sesungguhnya Allah ada berfirman
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" (Adz Dzaariyaat : 51)
Demi kasih ana pada antuna semua, di sini ingin ana membuat sedikit teguran..
mungkin antuna tak perasan dan mungkin antuna perasan.Betulkan niat antuna jika sekiranya ada meletakan gambar-gambar di dalam photo gallery. Apakah perasaan antuna jika gambar antuna itu dilihat oleh mana-mana lelaki yang view antuna?
Wajarkah kita sebagai muslimah membenarkan diri kita diperhatikan sewenang-wenangnya?
Bagaimana pulak jika ada lelaki yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasi gambar antuna tersebut untuk kepentingan tertentu?
Tidakkah ada kekhuatiran dihati antuna ?
apatah lagi antuna seorang yang cantik dan memikat bila dipandang..Kemanakah perasaan malu antuna apabila dipuji oleh mana2 lelaki?!
Ana bisa memaafkan jika gambar itu kabur sehingga orang yang memandang tidak boleh meneliti wajah antuna..tapi apa yang ana perhatikan antuna sungguh berani meletak gambar yang terang dan jelas..astagfirullah..
Allah berfirman
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(An Nur : 29)
Dalam ayat di atas Allah perintahkan lelaki untuk menundukkan pandangan..Ya memang benar lelaki mesti menundukkan pandangan tapi bagaimana kita dengan sengja mendedahkan wajah2 kita kepada mereka..Adakah mereka yang meng'view' kita boleh menundukkan pandangan?!
Antuna perlu sedar dan peka bahawa lelaki tarikannya pada perempuan terlalu kuat dan sensitif .kita ibarat petrol, mereka ibarat api..kalau petrol dijauhkan dari api pasti takkan berlaku kebakaran bukan?
Kalau antuna nak gambar antuna tersimpan dalam gallery dan hanya wanita juga boleh melihat..upload je pada privete photo..remove je dari public photo ok!!
Maaf sekali lagi..ana tak mahu dengan sedikit kelalaian tanpa kita sedari mungkin kita dipersoalkan kelak di akhirat.Moga kita sentiasa bertaubat kepada Allah. Jadilah Wanita Yang Solehah !! Sami'na Waa'ta'na pada Allah
Comments
Post a Comment