Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta


Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?…

Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.

Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara. Amat menyiksa kan cinta seorang insan...hmm. begitu masalah yang sering berlaku pada insan2 yang bergelar insan. sekadar pendapat.hu2.


cintailah cinta yang sejati dan hakiki yang hanya pada yang Esa kerana cinta itu tidak akan mengecewakan kita. Percayalah...jika kita cintakan Allah, insyaAllah Allah akan ketemukan kita jodoh yg baik.Memang bkn mudah mencari cinta yang sejati, banyak ranjau ,onak duri yang perlu kita tempuhi. Tabahlah dan sabarlah dalam setiap ujianNya. Tenang dan istiqamahlah dalam mencari cintaNya. Jagalah hati dan iman dari terlalai.

waallualam.

~luahan hati insan yang mandambakan rahmat dan kaseh sayangMu~

Comments

Popular posts from this blog

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::