Posts

Showing posts from September, 2012

Study Week =)

Image
Assalamualaikum...  Dear readers, hopefully sihat walfiat di bawah rahmatnya. Syukur, dikurniakan kesihatan yang baik dan berada dalam keadaan yang serba sempurna ye.. Alhamdulillah. :)   sudah 5 bulan bergelar isteri dan melayari bahtera rumahtangga .. sungguh, memang banyak cabaran kawen muda nie ya. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan sungguh Allah tahu yang terbaik buatku.. pengenalan dengan husband pun tak lama before kawin.. dan bila kawin, saya lebih banyak belajar mengenali each other. Syukur, diketemukan dengan insan sebaik  dia. :) huhu.. soey.... selingan je pagi-pagi nie.. hati terasa happy sangat nie dan syukur sangat...sebab ntah la kan.. macam pengantin baru je.. padahal dah lama.. hehe..  Tinggal beberapa hari beberapa minggu je lagi saya akan menghadapi final exam. Time running so fast kan.. Dari segi preparation emosi, saya dah bersedia untuk melalui hari-hari exam. huhuhu. Tahu la kan...time hari exam nie.. dia macam gelabah semacam, lagi-lagi exam

Why Perempuan Kena Wawen Dengan Engineer?

Image
Assalamualaikum semua.. cer baca cer baca.. betul tak?? hehe. sape yang tahu tu diam je tau. copy dari blog kwn :D Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan? Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut. 1-Kehidupan yang lebih terjamin Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah. Manakala:  -Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman -Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama -Lulusan seni masih mencari pekerjaan -Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospit

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab Dan Bersalam?

Image
Assalamualaikum. Dear readers, Syawal kian berakhir. Dan harap-harap amalan kebaikan yang selalu kita lakukan masa bulan  Ramadhan akan berterusan sampai bila-bila.InsyaAllah. Entry kali ini saya nak sentuh bab salam menyalam. Maksudnya, berjabat tangan. Cerita pasal salam ni pun sensitif juga.  Tapi saya rasa kalau dah sentuh hal agama, rasa sensitif tu kena tolak tepi. Tolak jauh-jauh. Kita ni orang melayu memang cepat sangat terasa. Misalnya orang hulur tangan kita tak nak salam, terasa.  Orang hulur tangan ajak salam tapi kita teragak-agak nak salam ke tidak takut terasa kita ni kurang adab, perkara biasa. Kalau kita berbalik pada hukum bersentuhan kulit dengan yang bukan muhrim itu haram, maka takkan adalah perasaan terasa atau kurang adab ini. Yang kita kena salam cium tangan adalah dengan ibu bapa kita, datuk nenek kita. Yang lain-lain tu kalau saudara mara yang memang kalau kita bersalaman tidak menyebabkan batal air sembahyang,bersalamlah. Selain daripada itu, pikir-p

Tidur Sunnah Rasulullah

Image
Assalamualaikum....  Dear readers, hopefully sihat walfiat.. fuh.. rasa lama tak update blog.. banyak je idea nak celoteh tapi memang kena settle kan komitmen yang  lain dulu.. nak cerita tentang pengalaman raya sebagai seorang isteri buat pertama kalinye pun tak sempat, mungkin kena tunggu entry yang lain. InsyaAllah. Bila skrang nie tengah termenung-menung, teringat dulu-dulu masa di zaman sekolah agama, zaman hostel, kami wajib membaca Al-Quran sebelum tidur. setiap malam antara surah wajib sebelum tidur adalah surah al-mulk. al-mulk bermaksud 'the kingdom' ataupun kerajaan atau kekuasaan. hurm...bila dah masuk alam universiti kenapalah amalan mcm ni saya tinggalkan. sedih jugak dengan diri ni kadang-kadang. malam ni tergerak untuk saya cari fadhilat membaca surah al-mulk sebelum tidur. Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaa