Posts

Showing posts from March, 2010

Insaf Bertandang Lagi

Insaf bertandang lagi.. Untuk kesekian kalinya Menyusupi badani, sam’i, basari Mengetuk pintu hati terkatup Menguak jendela lalu merobek ego Bersarang di bintik-bintik hitam Lantas membasuh lumut hijau permata al-qalb Agar bersinar putih kemilau bergemerlapan Esok… Insaf bertandanglah lagi Bersama semarak nasuha nurani Disenandung maghfirah tetamu tawbah Supaya sedar berkunjung tak sudah Biar mujahadah menjadi saksi tarbiyyah Betapa diri ini dahaga hidayahMu Tuhan Agar bisa kuhempas tsunami lautan nafsu Lusa… Insaf teruslah bertandang lagi Melagukan irama cinta kasih abadi Mendendangkan gemersik rindu abdi Membuai-buai rasa meruntun sukma Terus mengaliri ombak tasik rohani Yang beralun santun berbuih sakinah Agar akhirnya terdampar damai di pantai ma’nawi Selamanya.. Insaf jangan lupa bertandang lagi Jangan jemu menyubur lembah kontang diri Jangan bosan menyuci-suci daki kotoran dosa-dosa Hingga khatimahku membawa nafsu al-muttmainnah Dan saat kembaliku padaMu Ilahi Rabbi Dengan radhiy

Malaysia Kurang Filem Islamik

Image
KOTA BHARU-Novelis terkemuka Indonesia, Habiburrahman el-shirazy, menganggap industri perfileman di Malaysia masih kekurangan karya berunsur Islam. Malah katanya ia menampilkan ketidakberanian penggiat bidang itu dalam menonjolkan amalan Islam dalam hasil mereka. Tertarik saya untuk mengulas tentang statment ini dari surat khabar I Luv Islam (ILI). Bagi sesiapa peminat novel dan cerita-cerita islamik mesti kenal dengan seorang novelis Indonesia, Habiburrahman el-shirazy. Saya setuju sangat-sangat pendapat beliau. Kebelakangan ini, industri perfileman kita di Malaysia kurang yang berunsurkan islamik. Kebanyakkan mempunyai unsur-unsur yang biasa kita tengok. Ada cerita yang memerlukan wanita membuka aurat , adegan yang melampau dan sebagainya, nak sebutkan yang lainpun, saya rasa semua tahu. :) Alhamdulillah, ada juga cerita-cerita melayu yang mempunyai kisah tauladan dan mesej tertentu, itu tidak dinafikan. Tetapi masyarakat sekarang sebenarnya dahagakan cerita-cerita karya islamik. Me

Secebis Kenangan

Image
Salam alaykum.. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, sudah hampir 3 minggu saya sudah bercuti, bukan cuti la jugak..tapi dah tamatkan pengajian saya di Kuis. Terasa kejap sangat perjalanan hidup, tak sangka dah habis. Insyaallah, kalaulah ada rezeki, saya akan menyambung pengajian peringkat ijazah. Tapi tak tahu la kat mana. Redha je masuk mana-mana. Ilmu kat mana-mana pun ada kan ;) Jabatan Undang2 Syariah, Jabatan Dakwah, Jabatan Syariah. Alhamdulillah, syukur sangat2 kepada Allah S.W.T kerana dengan izin Allah berjaya juga saya menyiapkan latihan ilmiah saya peringkat diploma ni. ( baru diploma) hehe, sebelum habis final haritu. Lega tak terkata. Yelah, mana taknye, dari bab ke bab, selalu kena reject dengan penyelia. Then agak sukarlah nak jumpa.hehe. Mati-mati ingat kena buat short sem. *_^ Tesis~Tesis~Tesis~. Hampir nak menangis bila mula-mula nak pilih tajuk. Last2 minit baru dapat. Masa mula-mula nak mula hantar proposal tu, aduhai, rasa nak n

Rokok Dan Surah Yassin

(^_^)

Burulah Cinta

Image
Kutekuni kitab “La Tahzan” Karya Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni Katanya: Janganlah bersedih! ..Setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Benar..Fitrah insani inginkan bahagia Ingin dikasihi dan mengasihi,ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai, hingga kadangnya terlupa..Betapa menyintai dan ingin dicintai manusia bukanlah kemuncak cinta, malah bukanlah hakikat bahagia! .. itulah sebenarnya-benarnya yang ku rasa. Manusia boleh bermain kata tapi hakikatnya lain di hati. Bersyukur tidak terhingga, Allah sentiasa mengasihi hamba-hambanya, mungkin segalanya telah terbongkar, mungkin inilah petunjuk kebenaran yang cari selama ini. Setelahku meneliti dan memahami isi kitab ini, terkandung banyak pengajaran. Alhamdulillah, segala telah tersurat. Seperti yang dapat dirasakan,semua manusia ingin memburu bahagia, tapi manusia kadang-kadang terlupa dimana utamanya bahagia itu.Yang sebenarnya..bahagia itu ma’nawi..jua bersifat rohaniah..lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’mi

Hidup ini...

Image
Hidup tidak perlu menongkah fitrah..fitrah telah ditentukan sejak bermulanya peristiwa "tiada itu ada"..Al-Khalik telah mengatur segalanya.. apa yg perlu, turutilah fitrah itu dengan sebenar-benarnya. .sesungguhnya jalan & panduan telah ada, terpulang pada kita samada memlilih untuk mengikutinya atau sebaliknya.. menurut pada hati, akan banyak timbul keraguan..bersandar pada akal fikiran, banyak kesesatannya. .berpegang pada prinsip, tetapkah pendirian..berpegang pada kebenaran, benar lah kesudahannya. . kebenaran adalah kenyataan yang tiada cacat celanya..yang benar itu pada Al-Quran... yang nyata itu pada As-sunnah.. :)

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah

Buat Sahabat fillah

Image
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah.... ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Salam alaykum. Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Buat sahabat-sahabat yang melalui ini, andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti... Buat sahabat-sahabat seperjuanganku, sudah hampir 3 tahun kita bersama mencari ilmu Allah. Now, kita berpisah. Ia hanya dalam sebuah kuis, sebuah kelas tapi mungkin tidak pada hati. Alhamdulillah, tamat sudah diploma kita. Jika diizinkan Allah..insyaAllah...kita akan terus bersa

Appreciate What You Have

Day after day, time past away, i always asked my self about life..and its makes me realize..erm.. I asked Allah why I wasn't rich. And he showed me a man with the wealth of a thousand kings, who was lonely, and had no one to share it with. I asked Allah why I wasn't beautiful. And he showed me a women more beautiful than any other, who was ugly because of his vanity. I asked Allah why he'd allowed me to become old. And he showed me a boy of 16, who lay dead at a scene of a car accident. I asked Allah why I didn't have a bigger house. And he showed me a family of six, who'd just got evicted from their tiny shack, and were forced to live on the street. I asked Allah why I had to work. And he showed me a man who couldn't find a decent job, because he had never learned to read. I asked Allah why I wasn't popular. And he showed me a socialite with a thousand friends, who all left the minute the money and fun were no longer there. I asked Allah why I wasn't