Keistimewaan Sujud
Bismillahirrahmanirrahim. Entri kali ini, bercerita tentang sujud. Sujud tak semestinya dalam keadaan solat.. malah sujud jugak boleh dilakukan ketika kita mula rasa syukur dengan apa yang kita dapat dan inginkan. Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s. a. w :-"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang