Posts

Showing posts from May, 2012

Latihan Memandu

Image
Aku sudah lama memiliki lesen kereta namun sudah hampir setahun tidak memandu. Pengalaman lalu aku membuatkan aku fobia ..nyaris-nyaris kemalangan, tapi bukan ketika aku memandu, tetapi aku sendiri yang tak reti lintas jalan. Hehe. (jangan gelak taw). Pengalaman ini membuatkan aku agak takut-takut. "Sayang bawa kereta ya sekarang boleh?" Abang nak biasakan Sayang,", pinta suamiku beberapa hari yang lepas. Dalam berdebar, aku tetap tak nak bawak.. macam-macam alasan aku bagi. Aku takut.. huhu. Tapi aku nak bawak, tapi aku gemuruh.. "Ermm, takpelah abg.. next time syg drive ea.. kat kawasan-kawasan lapang ke kan.." "Boleh tak nak bawak kereta kat Highway yang tak da kereta.. "  Suami aku, sengih je..:D Bila la aku nak mula drive nie.. nanti tunggu dah tengah emergency kot baru nak bawak.hehe. InsyaAllah, sedang berusaha nak drive balik nie.. Kang dah expert, habis satu senawang nie aku pusing g shopping.. hehe. .The End.

Doa Seorang Isteri

Image
 Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Berilah aku kesabaran u

Saat Lafaz Sakinah...

Image
Assalamualaikum! Apa khabar semua? Lama dah tak update belog. Dah 3 minggu berlalu majlis perkahwinan saya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar di kedua dua belah pihak. :) Kali nie saya boleh upload gambar nikah. . . pada kawan-kawan yang tak sempat nak tengok majlis pernikahan saya yang berlangsung pada sebelah pagi 14 April 2012 boleh la lihat buat tatapan bersama. :)  Alhamdulillah, 14 April 2012 adalah hari bahagia kami . . . hari yang tak kan saya lupa kan sampai akhir hayat saya. Syukur, tepat jam 11.15 pagi  saya sah menjadi isteri kepada jejaka bernama MOHD HANIFF BIN ISMAIL.  Dia adalah suami dan ayah pada anak- anak saya nanti. Dialah teman sedih dan gembira saya. Dia lah yang dapat membimbing saya, membetulkan yang salah dan saling ingat mengingati . Dia lah teman saya hingga hujung nyawa. Saya sayangkan dia. Terima kasih suamiku.. :) Perasaan saya time nie, bedebooo sangat... tak dapat nak digambarkan. Rasa sedi