Kau Pilihanku
Bila sang kumbang mula menghidu haruman mawar, aku pasrah setiap gadis berhak disunting. Masa yang berlalu dan umur yang begitu muda membuatkan aku mengambil masa yang agak lama untuk memberi jawapan "YA". Sepanjang bergelar muslimah, aku perlu banyak memperbaiki diri, menjadi solehah, anak solehah dan segala2nya. Kuyakini janji Allah S.W.T yang terakam dalam surah al-Nur, maksudnya:- “Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur 24:26) Ummi selalu menceritakan tentang kebaikannya padaku. Aku kagum dengan dia kerana dia bukannya mengambil hati aku dahulu tapi sebaliknya. Dia terus berhubung dengan Ummie dan memenangi hati Ummie Abahku. Caranya yang bijak ini membuatkan aku tidak mempunyai alasan langsung untuk meragui agamanya dan kebaikannya. Ianya sangat terbukti sudah bahawa dia seorang yang matang dan serius pada setiap langkahnya. Aku bukan seorang yang mudah untuk berka