Posts

Showing posts from June, 2011

Senyum-senyum

Image
Ujian yang didatangkan buat manusia bukan sahaja untuk manusia bersabar tetapi jua kerinduan ALLAH pada suara hamba-Nya untuk terus berdoa. Mampukah aku hadapinya seorang diri? Ya Allah, permudahlanlah segala urusanku. Berkatilah segala Ilmu yang aku pelajari selama ini. Kuatkanlah daya ingatanku untuk menghafal dan mengingat segala isi kalamMU. cekal kan hati, kuatkan semangat kan Nailah.◠ ‿ ◠ Saya harus kuat, bukankah ini sebuah kehidupan? Senyum-senyum selalulah, boleh jugak hilang stress belajar kan.kan.kan. ◠ ‿ ◠ tak boleh enjoy-enjoy sangat dah.. "there's no shortcut to success. YOU need to work hard" Practise make perfect right? Everything will be easy for you, Nailah. :) Ada orang kata, mesti dapat 4 flat.. nanti dia nak belanje. Betul ke? hehe. Adeh, macam tak iklhlas je blajo nie. Cepat-cepat betul niat nie. Astaghfirullah... :) Semuga saya diberi kekuatan untuk menghabiskan kesemua belajar saya sapai semester akhir. Setahun lagi. InsyaAllah. Ameen.

✿ Hidupku Kuserahkan PadaMu

Image
Ada banyak cita-cita dan perkara yang saya inginkan tetapi seringkali tidak tertunai. Ya, sepanjang hidup saya tidak banyak yang saya inginkan itu menjadi kenyataan. Oh, rupanya ALLAH itu memandang jauh lebih hadapan. DIA memberikan sesuatu kerana keperluan manusia bukan menurut kehendak manusia. Adakalanya saya menghendakkan yang ini tetapi sebenarnya saya lebih memerlukan yang itu, lalu DIA berikan yang itu walaupun hamba-Nya seringkali merungut. Kini, barulah saya menyedari, apa yang baik itu bukanlah kerana kehendak dan aturan saya tetapi datangnya daripada ALLAH yang lebih memahami keperluan saya. Hari ini saya mampu tersenyum dengan semua kurniaan ini, kalaulah dahulu saya tidak bisa menahan satu peratus daripada kesabaran saya kerana menurut kehendak hati, mungkin saya tidak akan memperolehi kebahagiaan seperti hari ini . Sekarang saya sedang menunggu hari-hari bahagia saya bersama dia. Sesungguhnya, Allah lebih tahu cepat atau lambat jodoh itu.. :) Doakan kebahagiaan saya.. Ma

✿Times Change Everything

Image
Assalamualaikum. Salam kasih sayang buat semua. Masa sentiasa berubah dari hari kehari kan. Alangkah ruginya diri apabila masa yang ada ini disia-sia kan. Tapi bila dikenang masa-masa yang lalu terlalu banyak dosa. "Ya Allah, apa dah jadi dengan aku nie" Masakan semua perkara mesti berubah seiring berubahnya waktu, ada jua yang tidak akan berubah ketika masa berubah. Menerima cinta-Nya tidak pernah berkurang, memberi cinta untuk-Nya jarang sekali hilang, setiap saat kasih-Nya tidak akan terbuang. Inilah Allah yang Maha Penyayang. Masa berubah, DIA tidak pernah berubah. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian . Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan kesabaran. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami. . .