♥Wanita Itu Sendiri Adalah Rahsia
Adakah wanita itu sendiri adalah rahsia dan lelaki ialah seorang yang banyak menyimpulkan rahsia dan sukar dimengertikan? Mahu bicara rahsia dalam diri wanita… Wanita bercerita dengan air mata, duduk bersimpuh selepas takhiyyat akhir dan menyimpul doa. Selepas doa, wanita sering menangis. Air mata wanita amat murah pada hati yang amat ikhlas dan jujur. Mengapa wanita menangis? Tangisan adalah satu suara untuk dikeluarkan, didengari. Bagi seorang ibu, pengorbanan dirinya tiada langsung untuk dicagar atau diganti. Cuma mohon si anak mengerti. Tapi anak amat sukar untuk akur pada kisah korban ibu mahupun cerita ibu untuk memanusiakan dirinya. Anak selalu lupa, pada setiap hentian doa dan kalimah syukur si ibu itu adalah didahulukan untuk anak dan orang sekelilingnya. Misteri dalam diri wanita itu punya satu lingkaran hidup agar orang lain tersenyum, biar pun dirinya menangis. Ada wanita kuat suaranya, bagai mahu tebelah langit ke tujuh, bagai mahu keruh air di lautan, dan bagai mahu mati