Posts

Showing posts from September, 2009

:: Cantik Di Hati ::

Hidup ini menjadi bermakna apabila ilmu kita terus bertambah dari masa ke semasa. Sesungguhnya kesalahan da kesilapan tidak menjadi penyebab manusia terjerumus kedalam seksaan Allah kerana manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi, sifat tidak mahu memperbaiki diri yang menjadi penyebab kita hampir dengan azab Allah. Sebesar manapun kesalahan kita dapat dihapuskan dengan bertaubat. Asalkan kita segera meninggalkan kesalahan itu dan berusaha memperbaiki diri sendiri. Firman Allah yang bermaksud , "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada sesuatu kaum, tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak akan ada pelindung bagi mereka selain Dia (surah ar-Ra'd ; 11)

:: Ada-ada je Sayer ni ::

Assalamualaikum semua. Harap semuanya sihat sentiasa.Alhmdulillah,dah raya dah pun.Tapi kalau nak ikut kan feel raya tu..memang dah x daq. yela..feel time zaman kana-kanak je la. skrang ni dah tua. =p cukuplah terasa nikmatnya makan lemang yang selama ni daku impikan.hehe. Dah sibuk dengan raya ni, lepas ni sahabat-sahabat mesti sibuk dgn final exam kan..kesian kamu orang. =) Bukan ape, sebaiklah sy dah habis final, yela..pulun time puasa tu..memerah otak dengan perang exam.huh..lega. Harap kamu orang banyak-banyak bersabar.. GOOD LUCK 4 Ur exm Ya.. CumA kamu orang doakan natijahnya baik untuk saya. Now, jadi suri rumah sepenuh masa selama sebulan. Sesiapa yang memerlukan maid, sila la hubungi sy. Sy sedia berkhidmat.hehe.. Gurau je. =) Nway, jaga diri baik-baik semua. Jangan lupa puasa enam. moga beroleh keberkatan.insyaAllah. =)

:: Hari lebaran::

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Selamat hari raya buat semua.. maaf segala kesilapan dan kekurangan diri ini. mOga lebaran kali ini mendapat keberkatan dariNya.. p/s: Maaf, simple sangat wish ni.hee. banyak keje nak kena buat kat umah ni. =)

[KETENANGAN:: JIWA ] : Ambillah waktu seketika untuk menangis...::

Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan.. Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar rohani anda hari ini? Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian? idhhakuu qaliilan wabkuu khatiiraa (Ketawalah sedikit dan menangislah banyak) Dalam seharian kita hidup didunia,jiwa yang kadang-kadang sering jauh dari Allah sentiasa membuatkan kita alpa...Astagfirullah,kita banyak bergembira dari bersedih...kita banyak ketawa dari menangis,kita banyak menyayangi keduniaan kita dari Allah s.w.t....saya mahu nasihatkan diri saya dan kalian semua,marilah kita kurangkan ketawa didunia..kita mungkin ketawa didunia dan menangis di Akhirat,kita mungkin bergembira didunia dan bersedih di Akhirat.... jgnlah seperti itu.... Saiyidina Ali berkata: "Adapun Allah s.w.t di muka bumi ini bejana-bejana; iaitulah hati manusia. Sebaik-baik hati ialah yang bersih, tegas dan lunak. Kemudian beliau menjelaskan pula; Maksudnya, bersih dalam keyakinan, t