Posts

Showing posts from April, 2009

Mengapa Doa Tidak Makbul

Agama Islam menyuruh penganutnya supaya selalu bermohon kepada Allah swt. Setiap doa yang terbit dari hati yang tulus ikhlas akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Pemurah. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku (Allah) maka (jawablah) bahawa aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik . Ramai manusia mengeluh bahawa doanya masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba. Timbul pertanyaan di dalam hatinya : Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan? Jarang orang yang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya. Pada hakikatnya sebab-sebabnya itu banyak terletak pada diri si pem

Impian Syurga Rumahtangga Bahagia

Moga-moga mahligai yang bakal dibina... Adalah mahligai yang dirahmati Ilahi.. Yang bakal melahirkan generasi Rabbani.. Yang bakal menjadi pejuang dan pembela agama AlLah, insyaAlLah. Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi Kerananya jejaka rela menjadi suami Kerananya perawan rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan Matlamat yang satu tapi jalannya berliku Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza Lalu bermacamlah jalan ke sana Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan) tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity) ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan) pelbagai jalan menimbulkan dilema mencari yang benar mempelai tersasar kalaulah bahagia itu pada harta kalaulah bahagia itu pada nama kalaulah bahagia itu pada rupa k

Bush Dimalukan Kerana Menghina Al Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sahabat-sahabat pernah tengok tak video Bush dimalukan didepan khalayak? hmm.Tentang peristiwa ni saya tak tahu bila berlakunya, tak tahu la baru lagi ke dah lama. Tapi peristiwa ini saya dapat tahu dari kawan ummi saya. Semoga balasan yang diterima Bush memberi pengajaran pada kita semua. Jangan main-main dengan kebesaran Allah. Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bush telah dikelukan mulutnya oleh Allah swt kerana menghina Al-Quran dengan mengatakan Al-Quran telah mengajar umat Islam menjadi jahat. How dare u Bush!! ... Bush yang jahat sebenarnye.huhu.Dalam video ini juga Bush sedang memberikan ceramah dengan mengatakan Al Quran mengajar keganasan. Tetapi sebelum beliau habis ucapan tersebut, Allah telah kelukan lidahnya....... p/s: Ha...ade sape2 lagi nak main-main?! Ya Allah, hindarilah kami dari perkara-perkara yang dilarang olehMu. الله اكبر, الله مها بسر

SURAT DARI KEKASIH UNTUKMU YANG SELALU KUCINTAI

Saat kau bangun di pagi hari, Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu, bercerita, meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu walaupun hanya sepatah kata... Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu semalam, kelmarin, atau waktu yang lalu....Tetapi kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja... Tak sedikit pun kau menyedari Aku dekat denganmu... Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap, Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk... Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun... Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang-bincang... Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari Namun dengan semua kegiatanmu, Ku fikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuat

Kisah lelaki dan wanita

Image
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI : Kamu!!! WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

Orang yang dapat berteduh di padang mahsyar

Di waktu panas yang amat sangat di padang Mahsyar pada hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?". Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - " Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung! " (Al Qiyamah : 10-11). Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: - "Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah: 1.Penguasaan pemimpin yang adil. 2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah. 3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid. 4.Dua o

Tag from INDAH

Image
salam alaik. Kena tag lagi yer. byk btul homework. INDAH nie rajin ye..hehe. Nway, birthday ila baru ja lepas berlalu. 3 April, ila genap 20 tahun. Dah tua rupanye..hehe. Ikutkan hati ni, ila takde lah nak ape2 sgt time bday nie. Tapi INDAH suruh jawab soalan. ila bagi jawapan yang ila rasa ila kepingin je la ea.hehe. Takde orang bagi hadiah pun takpe, biar ila beli hadiah untuk diri sndiri jer pn xpe..hehe. Kebetulan ila free,ila jawab ye.. 1. Doa, Doa Dan Doa :: Ila harap time ulangtahun kelahiran ila, bagi ila cukupla sekadar doa yang dihadiahkan kat ila. Dan wish me.hu2. Doakan ila sentiasa panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dari my truly cinta, Allah swt. Dan doakan ila rajin2 belajar, jadi anak solehah kepada ummi dan abah dan sentiasa kuat makan.=) 2. Hadiah buat Muslimah :: Hmm...ila dari dulu nak sangat baca buku nie. Tapi sampai now, ila tak beli2 lagi. Tapi pas habis baca buku lain baru nak beli. Kalaulah ada orang yang sudi bag

6 pesanan khusus untuk wanita

Perhatian kepada muslimat, moga pesanan ini boleh kita ambil sebagai panduan dan peringatan buat kita2.insyaAllah.. 1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat. 2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat. 3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini." 4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya. 5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan

Tag from kak jah cute

Image
salam alaik Kefhaluk ukhti khadijah? hopefully sht dan ceria slalu. Pandai ye ustazah nie, tahu2 aje ila tgh cuti lg xde buatpe, ustazah bg ila homework suh siapkan ye.hehe. ila harap ustazah dapat bg ila Mumtaz dalam sln ni. ceh cam imtihan plak.hee. Baiklah, ila jwb ye.. 1. Anda rasa anda hot? ::Hmm, hot la jgk. kat umah nie panas syadid wa jiddan. Al maklum la, musim panas pastu ptg2 hujan. Alhamdulillah hot tu kadang2 bgs sbb ley la kering kan baju2 yg ila dah basuh kat umah tu. =p 2. Upload gambar kege maran anda? 3. Kenapa anda suka gambar ini? ::Pic atas skali tu, pic ila ngan sahabat ila, juwaireyah. Time tu pic senang ati,hu2. baru pas abes paper subjek hadharah utk final ritu pada 5 mac 09. sgguh lega rasanye..=) ::Yg pic kedua tu, pic adek sepupu ila, name die fares. cumil jiddan. Kacukan melayu ngan org Amerika. walaupun ila x ske Amerika, ila ske bdk nie jer..but now, fares kat ngara die,bercuti ngan mummy die.. bahebbak ana akhtar. miss him so much.Dah besar agaknye. Bile

Award from INDAH

Image
:: salam alaik.. :: :: i got award from INDAH. syukran jiddan awi ya sohabati.. sangat hargai.. =) :: ::insyaAllah, i will be there for u frenz :: :: mulakan harimu dengan senyuman ::

8 ciri suami mithali

Image
Salamun alaik sahabat2 sekalian.. Suami soleh? Isteri solehah? Semestinya ini menjadi impian setiap insan bukan? Tapi, berapa ramaikah diantara kita yang betul2 mendapat apa yang diinginkan? Dan berapa ramaikah antara kita yang menyesal dengan pilihan mereka? Suam i soleh yang diharapkan, tapi alih-alih suami yang perangai melebihi mat saleh yang kita dapat..Nauzubillah.. Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemil ihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki; 1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud: "Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara keho

Persahabatan dan kasih sayang

Image
sahabat seperjuanganku 1-Rasulullah s.a.w. pakai istilah sahabat. Setengah je maah juga begitu. Terasa lebih halus, lebih mesra, lebih erat. 2- Imam Ghazali pun guna sahabat. Malah sahabat pentin g kerana ia merupakan salah satu dari cara mendapat taufik, setelah mendapat hid ayah 3- Asas persahabata n: berpegang teguh kepada hukum Allah SWT: 4- Asas persahabatan ini terangkum dalam aqidah, syari at dan akhlak. · Aqidah (dari Ilmu Tauhid): takutkan Allah SWT (neraka, terputus cinta dan kasih sayang, terputus bantuan, etc). Kaedah e.g. sembahyang - sembahyang kera na menghambakan diri kepada Allah SWT, bukan kerana kewajipan semata-mata baka r mazmumah, lahir peribadi agung, menaungi sahabat dan masyarakat). · Syariat (dari Ilmu Feqah): Melaksanakan peraturan-peratur an Allah SWT · Akhlak (dari Ilmu Tasauf): hapuskan mazmu mah, masukkan mahmudah. E.g. merasa Islam kepunyaan bersama; orang lain mendaulahkan Islam, kita seronok. * Ta